BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM...
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda atas kurniaan nikmat iman dan Islam oleh Allah yang tiada tolok banding nilainya. Dengan dua nikmat yang terlalu besar nilainya inilah yang telah membuatkan kita dapat memegang gelaran sebagai khalifah Allah yang muslim, di mana kita dapat meneruskan saki-baki peninggalan perjuangan para-para anbiya’ di muka bumi ini sehingga ke hari ini.
Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tanniah kepada pelajar UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah serta Kampus Putrajaya kerana telah berjaya menghadapi dan menamatkan minggu peperiksaan akhir semester bagi sesi 2009/2010 dengan jayanya. Dengan segala usaha dan doa kita selama ini, diharap agar kita semua akan memperolehi keputusan yang cemerlang. InsyaAllah...
Di kesempatan yang ada ini, saya Akmal Farhan Aziz selaku Presiden mewakili seluruh warga pimpinan saf Persatuan Pengajian Islam (PPI) bagi sesi 2010/2011 ingin mengucapkan tanniah dan syabas kepada Ahli Jawatankuasa Muktamar Sanawi (JMS) serta mantan-mantan PPI yang telah berjaya mengadakan Majlis Muktamar Sanawi kali-8 dengan jayanya. Sekalung tanniah juga saya ucapkan kepada ahli-ahli saf pimpinan yang baru kerana telah terpilih untuk memegang tampuk pimpinan bagi sesi 2010/2010 kali ini. Harapan saya pada saf pimpinan kali ini dapat melakukan satu perubahan ke arah yang lebih baik.
- Menjadikan PPI UNITEN sebagai platform untuk menyampaikan dakwah dan meningkatkan kefahaman Islam kepada warga kampus.
- Merapatkan jalinan ukhwwah dikalangan ahli saf pimpinan, mantan-mantan PPI, Unit Agama (HEP) serta seluruh warga kampus.
- Meletakkan persatuan ini sebagai salah satu persatuan yang sentiasa menitikberatkan hal ehwal kebajikan warga kampus terutamanya dikalangan ahli saf pimpinan serta para pelajar.
- Memantapkan lagi segala bentuk perlaksanan program yang bakal dianjurkan supaya lebih bersistematik dan efisien.
- Meningkatkan kesedaran dan memaksimakan keterlibatan ahli terutama ahli SG dalam aktiviti dan gerak kerja persatuan.
- Menjadikan mantan-mantan PPI sebelum ini sebagai tempat rujukan ataupun mentor kepada ahli saf pimpinan yang baru dalam semua aktiviti dan gerak kerja persatuan.
Bagi mengakhiri ucapan, saya mewakili seluruh warga Persatuan Pengajian Islam (PPI) UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah ingin memohon maaf kepada semua mahasiswa UNITEN diatas kesalahan yang telah kami semua lakukan selama ini sama ada kami sedari mahupun tidak sedari. Saya juga ingin mengalu-alukan sebarang cadangan mahupun idea daripada anda semua dalam usaha untuk membawa dakwah Islam ini...
"Usah menangis setiap kesusahan...
Usah berbangga setiap kejayaan...
Usah malu pada kekurangan...
Kerana semua itu adalah ujian...
Menguji kemantapan iman..."
Semaikan islam dihati,
Tanamkan iman nan suci,
Bajai takwa setiap hari,
Berbuahlah bahagia yang hakiki.
“Di Mana Bumi Di Pijak Di Situ Islam Di Tegak”
"Lestarikan Diri ke Arah Islam Yang Hakiki"
Akmal Farhan Bin Aziz
Presiden
Persatuan Pengajian Islam 2010/2011
Kampus Sultan Haji Ahmad Shah