ASPIRASI PPI UNITEN
Melahirkan profesional-profesional Islam yang berilmu, beriman dan bertakwa kepada Allah
VISI PPI UNITEN
1. Penyebaran dari aspek pengajian dan pendalaman kefahaman Islam2. Pembangunan sahsiah dan akhlak
3. Kebajikan masyarakat
MISI YANG SEIRING DENGAN VISI
1. Melebarluaskan cerapan kefahaman Islam.2. Menjadikan PPI sebuah persatuan yang mesra dengan warga kampus.
3. Mewujudkan budaya kerja yang lebih kemas, produktif, efektif dan efisien.
SEJARAH PPI UNITEN
Idea awal
untuk menubuhkan satu persatuan yang akan menjadi badan induk bagi semua
Pelajar Muslim Uniten timbul seawal tertubuhnya universiti ini iaitu 1
Julai 1997. Idea ini telah diutarakan oleh Ahli Jawantankuasa Kecil
Surau Apartment Kompleks Barat (sekarang dikenali sebagai Kelompok Ilmu)
setelah melalui beberapa proses perbincangan dengan beberapa pensyarah
Uniten.
Ahli
Jawatankuasa Kecil Surau Apartment pula merupakan jawatankuasa kecil
yang dibentuk di bawah IKATAN Islamic Student Association (IISA).
Setelah IKATAN dinaiktaraf sebagai sebuah universiti dengan nama
Universiti Tenaga Nasional, IISA telah dimansuhkan dan semua persatuan
yang sedia ada di IKATAN termasuk IISA dikehendaki mendaftarkan semula
persatuan mereka di bawah Universiti Tenaga Nasional.
Bagi
tujuan mendaftarkan semula persatuan ini, satu jawatankuasa penaja
ditubuhkan bagi membincang dan menyiapkan kertas kerja penubuhan dengan
dibantu oleh para pensyarah. Dengan izin Allah, tanggal 27 Ogos 1998,
Persatuan Pengajian Islam Universiti Tenaga Nasional Kampus Bangi telah
berjaya ditubuhkan dan satu jawatankuasa tetap telah dilantik bagi
menggantikan jawatankuasa penaja. Kini, Persatuan Pengajian Islam turut ditubuhkan di cawangan kedua Universiti Tenaga Nasional yakni Kampus Sultan Haji Ahmad Shah, bertempat di Bandar Muadzam Shah, Pahang bagi memperluaskan lagi objektif persatuan.
MOTO PPI UNITEN
“Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Islam Ditegak”
Moto ini
adalah manifestasi kepada rangkuman maksud tersirat di sebalik logo
PPIUNITEN. Untuk membawa mesej Islam, dakwah adalah mekanisme utama
dalam setiap langkah dan tindakan pendokongnya. Tuturkata, perbuatan,
personaliti, ketrampilan, diam dan sebagainya adalah dakwah sebagaimana
yang disyariatkan. Perubahan-perubahan yang berlaku tidak akan sesekali
menggoyah pendirian organisasi tetapi merupakan proses kematangan untuk
mengukuhkan perjuangan. Akhirnya, dengan strategi dan perlaksanaan yang
teratur, hasrat untuk melihat Islam berada pada tempatnya akan
terlaksana, InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment