Jalinan ukhwah

Thursday, 20 September 2012

Muktamar Sanawi ke 10



Muktamar Sanawi bermaksud mesyuarat agung tahunan sesebuah organisasi atau pertubuhan. Pada hari Isnin, 13 Ogos 2012 bersamaan 25 Syaaban 1433, Persatuan Pengajian Islam (PPI) UNITEN KSHAS telah mengadakan satu Majlis Muktamar Sanawi untuk kali yang ke 10. Ini bermakna, PPI telah bertapak di bawah UNITEN KSHAS selama 10 tahun.

Majlis Muktamar Sanawi PPI ini telah berlangsung dengan rasminya. Majlis ini bertujuan untuk membincangkan tentang isu-isu persatuan, perjumpaan sesama ahli, dan pembubaran jawatankuasa lama serta perlantikan jawatan kuasa baru untuk tahun 2012-2013.

Kini, saf pimpinan pada tahun 2011-2012 yang dipimpin oleh Mohd Syazelin bin Mustapha telah diganti dengan saf pimpinan yang baru untuk tahun 2012-2013 dan dipimpin oleh presiden yang baru iaitu Nursyazri Hilman bin Salleh. Semoga saf pimpinan baru kali ini akan lebih berinteraktif dan berinovasi dalam memikul tanggungjawab yang diberikan dan semoga mendapat hidayah dan keredhaan daripada Allah swt dalam menjalankan tugas dakwah kepada masyarakat.

Dibawah ada diupload gambar sewaktu Majlis Muktamar Sanawi PPI kali ke 10 berlangsung:















No comments:

Post a Comment

Lokasi pelawat