Jalinan ukhwah

Sunday, 13 November 2011

Uzlah 2011/2012

Alhamdulillah....
Selesai sudah Program Uzlah 2011/2012.Program  ini bertujuan untuk memimpin semua barisan Exco mengenalpasti tanggungjawab masing-masing dan melatih mereka untuk menjadi seorang pemimpin yang mempunyai keyakinan diri yang tinggi bagi menghadapi cabaran dari dunia luar.Selain itu, program Uzlah ini memupuk hubungan silaturrahim di antara jemaah dalam saf pimpinan 2011/2012.  Program ini juga dengan secara tidak langsung telah memberi impak yang besar kepada setiap ahli saf bahawa betapa pentingnya berjemaah.

Moralnya, apabila kita melakukan sesuatu secara berjemaah, banyak perkara yang dapat diselesaikan dengan mudah kerana kita berpeluang untuk bertukar-tukar fikiran, idea dan berkongsi pengalaman bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.



Bahkan ISLAM sendiri membawa satu konsep penting kepada umatnya iaitu melakukan sesuatu perkara atau kerja secara berjemaah bagi memudahkan mencari penyelesaian terutama dalam perkara berkaitan urusan agama serta kehidupan. 

Firman Allah yang bermaksud:
"Berpegang teguhlah kepada tali Allah, janganlah kamu berpecah belah dan ingatlah kamu akan nikmat yang dikurniakan Allah kepada kamu".(Surah Ali-Imran, ayat 103) 

Firman Allah itu menjelaskan kepada kita bahawa Islam amat menitikberatkan semangat bersatu. Malah, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: 
Wajiblah kamu bersama-sama dengan jemaah dan berwaspadalah kamu terhadap perpecahan".(Hadis riwayat at-Tirmizi) 

Sabda Rasulullah SAW lagi yang bermaksud:
"Sesungguhnya syaitan itu adalah serigala kepada manusia, samalah seperti serigala kepada kambing, ia akan memakan kambing yang jauh terpencil daripada kumpulannya, maka berhati-hatilah kamu dan hendaklah kamu sentiasa bersama-sama dengan jemaah dan orang ramai".(Hadis riwayat Ahmad) 

Dapatlah dikatakan manusia yang selalu bersengketa dan sukar untuk hidup secara berjemaah hanya mementingkan dirinya saja. Umar Al-Khattab pernah berkata: 
"Sesungguhnya tiada Islam melainkan dengan jemaah, tiada jemaah melainkan dengan kepemimpinan dan tiada kepemimpinan melainkan dengan ketaatan".(Hadis riwayat Ahmad) 










Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam program ini. Selamat maju jaya dan
melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan dan semoga bertemu lagi di dalam program-program yang akan datang. 
InsyaAllah...


p/s : Gambar-gambar program boleh lihat di Facebook PPI KSHAS

Monday, 7 November 2011

VISI dan MISI

VISI 
PPI menjadikan Persatuan Pengajian Islam sebagai persatuan yang terulung di Uniten yang berteraskan Islam.

MISI 
Bersama memupuk, mendidik, dan membimbing warga Uniten agar menjadi muslim yang mukmin.


Friday, 18 February 2011

Ridan Hill IQ Challenge Season-2

Ridan Hill IQ Challenge-2
Tarikh: 12 February 2011
Hari: Sabtu
Lokasi: Bukit Ridan, Muadzam Shah

Alhamdulillah selesai sudah satu lagi aktiviti yang bukan sekadar menberi manfaat, malah memberikan peluh yang tidak terhingga di kala ekspidisi mendaki Bukit Ridan yang bertempat berdekatan dengan PLKN Muadzam Shah, berikut adalah sedikit sebanyak gambar-gambar sepanjang aktiviti yang berlangsung:-






"Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Islam Ditegak"

"Lestarikan Diri Ke Arah Islam Yang Hakiki"

Thursday, 6 January 2011

Manifestasi Cinta


Bismillahirrahmaanirrahiim, Assalamu'alaikum w.b.t dan salam sejahtera, InsyaAllah pada 15 Januari 2011 bersamaan 10 Safar 1432H Persatuan Pengajian Islam (PPI) dengan kerjasama Raudhatus Sakinah akan menganjurkan sebuah program ilmiah 'MANIFESTASI CINTA: Anda Bijak Jauhi Zina'.

Inisiatif ini diambil berdasarkan dalil al-Quran yang sering kita dengari tapi jarang kita teladani iaitu di dalam Surah Al-Israa ayat 32 yang bermaksud

"Janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu amat keji dan jalan yang sesat."

Antara objektif program:
- Mewujudkan kesedaran tentang bahaya zina dan perkara yang menghampirinya.
- Memupuk sikap perihatin masyarakat dalam menangani gejala sosial yang semakin meruncing.

Program:
- Ice-breaking
- Input 1: Mahasiswa & Cinta
- Input 2: Inilah sejarah kita
- Input 3: Kesan seks bebas
- Take home message
- Nasyid Kump. Wirzan (UNITEN KSHAS)

Jemputan luar:
- Penceramah daripada Raudhatus Sakinah
(http://www.raudhatussakinah.com/)
- Sekolah dan IPT sekitar Muadzam Shah

Bayaran masuk: PERCUMA!

Kehadiran:
- Diwajibkan kepada peserta Halaqah (kehadiran diambil)
- Sangat digalakkan kepada mahasiswa/wi UNITEN KSHAS & Putrajaya
tanpa mengira bangsa, agama & warna kulit.
serta institusi pendidikan yang lain.

Pakaian: Bersih, sopan & Menutup Aurat (bagi yang Muslim)

Booth: 10,11,12,13 Januari 2011 (AA,AB,PPA)

PIC: Farhan - 0103905905 Fadzil - 0176948650
Faqih - 0199550290 Fatimah - 0132711829

"Sama-samalah kita menyertai program yang sungguh bermanfaat ini"

Terima Kasih.

Lokasi pelawat