Jalinan ukhwah

Sunday, 25 January 2009

Smart Solat KIDS

Lujnah Kebajikan Persatuan Pengajian Islam telah menganjurkan Program Smart Solat Kid’s pada 24 Januari 2009. Program ini telah diadakan di Masjid Al-Muadzam Shah, Pahang. Seramai 60 orang pelajar sekolah rendah sekitar Muadzam Shah telah menyertai program ini.

Tujuan program ini adalah untuk mempertingkatkan teknik-teknik solat yang betul dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Dalam pada itu, para peserta juga telah diajar teknik-teknik bacaan Al Quran yang betul untuk dipraktikkan ketika bersolat. Pelajar-pelajar ini juga telah didedahkan cara bekerja dalam kumpulan melalui latihan dalam kumpulan yang telah dijalankan.

Program sehari ini telah mengeratkan hubungan antara PPI, pihak pengurusan Masjid Al-Muadzam Shah dan pihak sekolah. Dalam program ini, ahli-ahli PPI telah bertindak sebagai fasilitator kepada para peserta. Program ini telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Zafri Saman, Guru Agama Sekolah Al Hasaniah, Keratong.

Program ini telah tamat pada pukul 5.00 petang dan telah mendapat komen yang positif dari pihak sekolah dan ibu bapa. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dnegan pengisian dan promosi yang lebih baik.

Friday, 23 January 2009

PROGRAM PEDULI PALESTIN

Lujnah DIO dan Lujnah P&P telah menganjurkan program Peduli Palestin. Program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada mahasiswa dan kakitangan UNITEN tentang keperitan hidup penduduk di Gaza akibat ancaman perang yang dilakukan oleh pihak Israel.

Pada 19-22 Januari 2009 pihak jawatankuasa telah membuka booth di Blok Akademik AA. Di sana, satu pameran menandatangani Perang di Gaza ini telah diadakan . Dalam pada itu, jualan amal dan kutipan derma turut dijalankan.

Program Peduli Palestin ini diteruskan lagi dengan program berbentuk forum, yang telah diadakan pada 14 Februari 2009, jam 8.00 malam di Auditorium Utama UNITEN KSHAS. Ahli-ahli panelnya terdiri daripada Ustaz Annuar Awang Idris, pensyarah UNITEN KSHAS, dan anggota dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIA). Hasil daripada program ini, pihak jawatankuasa berjaya mengumpul dana sekitar RM 2000.

Pihak PPI telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Ustaz Anuar bagi meneruskan program ini. Ustaz Anuar telah memberi keizinan kepada PPI untuk mendapatkan satu slot daripada program beliau.

Diharapkan agar program seumpama ini dapat dijalankan dengan lebih terbuka di UNITEN KSHAS bagi meneruskan perjuangan dakwah ke jalan Allah.

Monday, 19 January 2009

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG UPSR 2009

Pada 17-18 Januari 2009, satu program motivasi telah dianjurkan melalui kerjasama Puan Salina, pensyarah UNITEN KSHAS, PPI dan juga Persatuan Rakan Sebaya (PRS). Program ini telah diadakan di Dewan Ilmu dan Auditorium Utama UNITEN KSHAS.

Objektif program ini ialah untuk membina jati diri dan membentuk akhlak pelajar-pelajar. Selain daripada itu, program ini juga dapat merapatkan hubungan antara pelajar dan ibu bapa.

Program ini telah melibatkan pelajar-pelajar Tahun 5 dan 6 Sek. Keb. Bukit Ridan dan para ibu bapa. Ahli-ahli PPI dan PRS telah bertindak sebagai fasilitator bagi pelajar-pelajar. Antara bentuk pengisian yang dijalankan ialah ceramah motivasi, solat berjemaah dan latihan dalam kumpulan.

Namun begitu, pada akhir sesi program ini, para pelajar ada menunjukkan rasa ingin berubah ke arah yang lebih baik. Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar oleh pelajar-pelajar.

Lokasi pelawat