Jalinan ukhwah

Wednesday, 1 July 2009

Jualan sempena intake sesi 2009/2010

Pada 27hb Jun yang lalu, Lujnah Ekonomi PPI Uniten KSHAS telah mengadakan jualan sempena pengambilan pelajar baru sesi 2009/2010. Seramai 21 orang telah melibatkan diri sebagai tenaga kerja untuk jualan kali ini.

Kesemua tenaga kerja telah melapor diri pada 24hb untuk persiapan awal bagi jualan tersebut. Jualan kali ini terbahagi kepada 4 kawasan atau booth iaitu di auditorium, pusat islam, desasiswa bistari dan desasiswa ilmiah. Pelbagai jenis makanan telah dijual seperti nasi lemak, mihun, sandwich, muffin, kek, dan banyak lagi.


Jualan di penginapan lebih tertumpu kepada jualan perkakas rumah seperti baldi, penyapu, mop dan lain-lain. Alhamdulillah, jualan pada hari tersebut amat meriah dan memberansangkan.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tenaga kerja yang sudi menggembeling tenaga dan bekerjasama dalam menjayakan jualan kali ini. Syukran jazilan!! =)

Monday, 6 April 2009

UZLAH PPI 09/10

Pada 3 hingga 5 April yang lalu, PPI telah menganjurkan Uzlah PPI untuk Saf Pimpinan 2009/2010 yang baru. Uzlah PPI bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang matlamat dan halatuju PPI disamping mengenal pasti sistem pengurusan dan gerak kerja yang cekap dan efisien.

Sesi Uzlah dimulakan dengan sesi taaruf oleh Abg Alliph diikuti dgn slot presentation oleh setiap lujnah pada sebelah malamnya. Presentation itu merupakan tugasan yang diberikan oleh MT untuk setiap lujnah diikuti dengan proposal.

Pada hari berikutnya, adalah slot bersama Abg Asri dengan tajuk Anjakan Paradigma. Abg Alliph & Abg Haziq mengambil slot pada waktu pagi, kemudian semua peserta diberi masa untuk melengkapkan proposal masing-masing hingga siap.

Pada sebelah malamnya, adalah aktiviti berteraskan kerohanian yang benar-benar menguji mental para peserta. Hari seterusnya, kami melawat ke rumah Ibu dan Abah dan sarapan di sana. Setelah itu, para peserta melawat ke rumah Nur Hidayah di mana setiap lujnah diberikan seorang adik angkat.

Kemudian kami kembali ke Balai Islam untuk majlis penutup dan post-mortem. Diharap dgn program ini, setiap peserta dapat mempersiapkan diri dengan usaha dan memberikan komitmen yang penuh dalam PPI.

Saturday, 14 March 2009

Muktamar Sanawi PPI UNITEN KSHAS Kali Ke-7

Pada tarikh 13 Mac 2009 bersamaan 16 Rabiulawal 1430H, PPI UNITEN KSHAS telah mengadakan Muktamar Sanawi kali ke-7 bertempat di Dewan Ilmu. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran penasihat Persatuan Pengajian Islam iaitu Ustaz Khairul Nizam Bin Mat Karim, rakan-rakan PPI daripada Kampus Putrajaya, saf-saf pimpinan PPI 08/09 dan juga calon-calon saf pimpinan 09/10.

Tujuan utama Muktamar Sanawi ini diadakan adalah untuk memilih saf kepimpinan yang baru bagi sesi 2009/2010.Muktamar pada malam itu diteruskan lagi dengan ucapan dasar oleh saudara Wan Haziq Naim Bin Wan Johan selaku Presiden 2008/2009. Beliau telah memberikan mandat yang harus dipikul oleh saf pimpinan yang bakal menerajui tampuk pimpinan PPI bagi sesi 2009/2010.

Selain itu, majlis juga diserikan lagi dengan sesi soal jawab dan sesi usul. Majlis pada malam itu telah berjalan dengan lancar. Segala keputusan yang telah ditentukan oleh pihak SPR diterima dengan hati terbuka oleh para hadirin. Berikut adalah saf kepimpinan baru 2009/2010 yang akan meneruskan penerajuan PPI untuk mengembangkan dakwah di UNITEN. Tahniah kepada semua!

SAF KEPIMPINAN PPI 2009/2010

PRESIDEN
MUHAMMAD SYAFIQ B. MOHD ZAID

TIM. PRESIDEN
ABDUL MUIZZ B ABD GHANI

HELWANI
SITI NORFAEZAH BT AB HAMID

SETIAUSAHA AGUNG
MUHAMMAD AFNAN SYAHIRAN B. OTHMAN

PENOLONG SETIAUSAHA
NUR AZIZAH BT ZAWAWI

BENDAHARI KEHORMAT
MUHAMMAD ISHAM B. ISKANDAR

PENOLONG BENDAHARI
MASYITAH BT ABD RAZAK

LUJNAH TARBIYAH & KEPIMPINAN (T&K)
AHMAD QUSYAIRI B. ABDULL RAHIM
SHAHARADIAH BT. BAHARUDIN

LUJNAH DAKWAH ISLAMIC OUTREACH (DIO)
AKMAL FARHAN B. AZIZ
ILI FARHANA BT ABDULL RAHIM

LUJNAH MUSOLLA
MUHAMMAD TAJUL AZHAM B. ABDULLAH
NURUL HAZIRA BT. AZRAI
NOR HAZLEEN BT.JAMIL

LUJNAH INTEGRASI & PERPADUAN (I&P)
IZZUL ZUNNURAIN B. DARUSAMIN
DURAR ASHIKIN BT ZULKIFLI

LUJNAH KEBAJIKAN
MUHAMMAD HADI ZULFADLI B. PANGAT
NORLELA BT. MOHD ALI

LUJNAH PENERBITAN & PUBLISITI (P&P)

ILHAM HAFIFI B. ISHAMMUDIN
BALQIS ATHIRAH BT. BADIUZAMAN

LUJNAH EKONOMI
NURADZLY B. KAMARUZAN
NOOR FAZREEN BT. MOHD ZUMRI

"Lestarikan Diri Ke Arah Islam Hakiki"

Lokasi pelawat