Jalinan ukhwah

Tuesday, 27 July 2010

Interview AJK PPI Sesi 2010/2011


Marilah hadir beramai-ramai ke Sesi Temuduga PPI Sesi 2010/2011 bertempat di Bilik Perbincangan di Perpustakaan UNITEN KSHAS. Pada tarikh 28/7/2010 & 4/8/2010 dari jam 9.30 pagi - 1.00 tengahari dan 2.00 petang - 5.00 petang. Sila bawa gambar berukuran passport. Jika tiada, simpan gambar dalam pendrive dan bawa bersama ketika sesi temuduga. Kerjasama anda amat dihargai.

Sunday, 9 May 2010

Uzlah PPI Saf Pimpinan 2010/11

Tarikh: 7 - 9 Mei 2010
Hari: Jumaat - Ahad
Tempat: PIIK UNITEN KSHAS


Program pertama yang dijalankan oleh saf pimpinan PPI 2010/11 selepas dilantik untuk memegang jawatan serta menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Program ini bertujuan untuk melatih para saf pimpinan bagi persediaan untuk kami menghadapi cabaran sepanjang perjuangan kami bagi satu sesi dari segi mental dan juga fizikal.

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program termasuklah sesi ta'aruf sesama ahli pimpinan. Ia bertujuan untuk mengenali lebih rapat sesama ahli itu sendiri agar tautan ukhwah dapat terbina antara kami. Saf pimpinan juga didedahkan dengan cara-cara serta prosedur untuk membuat proposal bagi setiap program. Muhasabah diri juga menjadi salah satu tentatif dalam program tersebut untuk membangkitkan semangat di kalangan ahli pimpinan PPI dan menjadikan mereka lebih bersatu hati sesama saf pimpinan.

Dari Ia sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu dalam persediaan untuk berdakwah kepada semua orang terutama sekali terhadap pelajar UNITEN. Semoga saf pimpinan kali ini dapat menggalas amanah dengan penuh rasa tanggungjawab, insyaAllah.


Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik pemimpin kalian ialah pemimpin yang disayangi dan didoakan oleh kalian dan pemimpin itu juga menyayangi dan mendoakan kalian. Sementara seburuk-buruk pemimpin ialah pemimpin yang kalian kutuk dan benci dan mereka pula mengutuk dan membenci kalian."

(Hadis riwayat Muslim)

Friday, 2 April 2010

Ucapan dasar Presiden PPI KSHAS 2010/2011

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda atas kurniaan nikmat iman dan Islam oleh Allah yang tiada tolok banding nilainya. Dengan dua nikmat yang terlalu besar nilainya inilah yang telah membuatkan kita dapat memegang gelaran sebagai khalifah Allah yang muslim, di mana kita dapat meneruskan saki-baki peninggalan perjuangan para-para anbiya’ di muka bumi ini sehingga ke hari ini.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tanniah kepada pelajar UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah serta Kampus Putrajaya kerana telah berjaya menghadapi dan menamatkan minggu peperiksaan akhir semester bagi sesi 2009/2010 dengan jayanya. Dengan segala usaha dan doa kita selama ini, diharap agar kita semua akan memperolehi keputusan yang cemerlang. InsyaAllah...

Di kesempatan yang ada ini, saya Akmal Farhan Aziz selaku Presiden mewakili seluruh warga pimpinan saf Persatuan Pengajian Islam (PPI) bagi sesi 2010/2011 ingin mengucapkan tanniah dan syabas kepada Ahli Jawatankuasa Muktamar Sanawi (JMS) serta mantan-mantan PPI yang telah berjaya mengadakan Majlis Muktamar Sanawi kali-8 dengan jayanya. Sekalung tanniah juga saya ucapkan kepada ahli-ahli saf pimpinan yang baru kerana telah terpilih untuk memegang tampuk pimpinan bagi sesi 2010/2010 kali ini. Harapan saya pada saf pimpinan kali ini dapat melakukan satu perubahan ke arah yang lebih baik.

  • Menjadikan PPI UNITEN sebagai platform untuk menyampaikan dakwah dan meningkatkan kefahaman Islam kepada warga kampus.
  • Merapatkan jalinan ukhwwah dikalangan ahli saf pimpinan, mantan-mantan PPI, Unit Agama (HEP) serta seluruh warga kampus.
  • Meletakkan persatuan ini sebagai salah satu persatuan yang sentiasa menitikberatkan hal ehwal kebajikan warga kampus terutamanya dikalangan ahli saf pimpinan serta para pelajar.
  • Memantapkan lagi segala bentuk perlaksanan program yang bakal dianjurkan supaya lebih bersistematik dan efisien.
  • Meningkatkan kesedaran dan memaksimakan keterlibatan ahli terutama ahli SG dalam aktiviti dan gerak kerja persatuan.
  • Menjadikan mantan-mantan PPI sebelum ini sebagai tempat rujukan ataupun mentor kepada ahli saf pimpinan yang baru dalam semua aktiviti dan gerak kerja persatuan.
Bagi mengakhiri ucapan, saya mewakili seluruh warga Persatuan Pengajian Islam (PPI) UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah ingin memohon maaf kepada semua mahasiswa UNITEN diatas kesalahan yang telah kami semua lakukan selama ini sama ada kami sedari mahupun tidak sedari. Saya juga ingin mengalu-alukan sebarang cadangan mahupun idea daripada anda semua dalam usaha untuk membawa dakwah Islam ini...

"Usah menangis setiap kesusahan...
Usah berbangga setiap kejayaan...
Usah malu pada kekurangan...
Kerana semua itu adalah ujian...
Menguji kemantapan iman..."

Semaikan islam dihati,
Tanamkan iman nan suci,
Bajai takwa setiap hari,
Berbuahlah bahagia yang hakiki.

“Di Mana Bumi Di Pijak Di Situ Islam Di Tegak”
"Lestarikan Diri ke Arah Islam Yang Hakiki"

Akmal Farhan Bin Aziz
Presiden
Persatuan Pengajian Islam 2010/2011
Kampus Sultan Haji Ahmad Shah

Lokasi pelawat