Pada 25-26 Januari 2009, PPi telah mengadakan lawatan ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara, Melaka. Program ini melibatkan 38 ahli PPI yang terdiri daripada saf pimpinan, AJK dan ahli SG. Lawatan ini telah diiringi oleh Ustaz Mohd Ridzuan Bin Mhd Zolkafli, Pembantu Tadbir Agama UNITEN.
Selain itu, program ini juga melibatkan para pelajar daripada universiti-universiti yang lain iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Unversiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai ilmu falak. Disamping itu juga, para peserta dapat membina ukhwah yang lebih erat antara satu sama lain.
Pada hari pertama di sana, para peserta telah diperkenalkan mengenai Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan Persatuan Falak Malaysia. Para peserta juga telah berpeluang untuk mengendalikan dan melihat teleskop robotik yang tercanggih di Malaysia.
Para peserta juga telah diberi peluang untuk melakukan cerapan gerhana matahari. Para peserta juga sempat menunaikan solat sunat gerhana secara berjemaah.
Sesungguhnya program ini memberikan pengalaman yang baru dan menarik kepada ahli PPI serta dapat menjalinkan hubungan erat antara UNITEN dan universiti yang lain.
No comments:
Post a Comment