Jalinan ukhwah

Sunday, 19 July 2009

Israk dan Mikraj

Israk dan Mikraj merupakan peristiwa agung yang berlaku pada 27 Rejab dan umat Islam wajib mempercayai dgn penuh keyakinan peristiwa itu. Peristiwa itu diabadikan dalam Al-Quran dan mengandungi hikmah yang amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad S.A.W.

Ia merupakan peristiwa yang sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian pancaindera biasa manusia. Namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah. Dalam Islam, ulama mencapai kata sepakat kepada sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha utk mengadap Allah S.W.T di mana solat 5 waktu telah difardhukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W dan semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.

Firman Allah S.W.T:
Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendangar lagi Maha Mengetahui. - Petikan dari Surah Al-Israa ayat 1.

Persatuan Pengajian Islam UNITEN KSHAS mengucapkan Selamat Menyambut Hari Israk dan Mikraj bagi seluruh umat Islam. Marilah kita sama-sama memperingati dan mengambil pengajaran yang begitu berharga daripada peristiwa ini. Lestarikan diri ke arah Islam yang hakiki.

No comments:

Post a Comment

Lokasi pelawat