Jalinan ukhwah

Tuesday, 7 December 2010

Panggilan Allah: 3 Kali Seumur Hidup


Saat itu, Dhuha, hari terakhir aku di Masjid Nabawi untuk menuju ke Mekah. Aku bertanya pada Ibu.

'Ibu, ada cerita apa yang menarik dari Umrah?'

Maklumlah, ini pertama kali aku ber Umrah. Dan Ibu, memberikan Tausyiahnya. Ibu adalah pemilik Maknah Tour Travel dimana saya bergabung untuk menunaikan umrah pada bulan July 2007 yang lalu. Kebetulan umrahku dimulai di Madinah dulu selama 4 hari, baru ke Mekah. Tujuannya adalah mendapatkan saat Malam Jumaat di depan Kabah. Jadi aku mempunya kesempatan untuk bertanya kepada ibuku tentang Umrah. Ibu berkata...

'Shinta, Allah hanya memanggil kita 3 kali saja seumur hidup..'

Keningku berkerut..

'Sedikit sekali Allah memanggil kita?'

Ibu tersenyum..

'Iya, tahu tidak apa saja 3 panggilan itu?
'

Saya menggelengkan kepala.

'
Panggilan pertama adalah Azan,
panggilan ini sangat jelas terdengar di telinga kita, sangat kuat terdengar. Ketika kita solat, sesungguhnya kita menjawab panggilan Allah. Tetapi Allah masih fleksibel, Dia'tidak cepat marah' akan sikap kita. Kadang kita terlambat, bahkan tidak solat sama sekali kerana malas. Allah tidak marah seketika. Dia masih memberikan rahmatNya, masih memberikan kebahagiaan bagi umatNya, baik umatNya itu menjawab panggilan Azan-Nya atau tidak. Allah hanya akan membalas umatNya ketika Hari Kiamat nanti'.

Saya terpekur, mata saya berkaca-kaca. Terbayang saya masih melambatkan sholat karena meeting lah, mengajar lah, dan lain lain. Masya Allah... Ibu melanjutkan,

'Shinta, Panggilan yang kedua adalah panggilan Umrah/Haji. Panggilan ini bersifat halus. Allah memanggil hamba-hambaNya dengan panggilan yang halus dan sifatnya'bergiliran'. Hamba yang satu mendapatkan kesempatan yang berbeza dengan hamba yang lain. Jalannya bermacam-macam.. Yang tidak punya wang menjadi punya wang, yang tidak merancang pula akan pergi, ada yang memang merancang dan terkabul. Ketika kita mengambil niat Haji/Umrah, berpakaian Ihram dan melafazkan 'Labaik Allahuma Labaik/Umrotan', sesungguhnya kita saat itu menjawab panggilan Allah yang ke dua. Saat itu kita merasa bahagia, karena panggilan Allah sudah kita jawab, meskipun panggilan itu halus sekali. Allah berkata, laksanakan Haji / Umrah bagi yang mampu'.

Mata saya semakin berkaca-kaca.. Subhanallah! Saya datang menjawab panggilan Allah lebih cepat dari yang saya rancangkan, Alhamdulillah...

'Dan panggilan ke-3', lanjut Ibu, 'adalah KEMATIAN. Panggilan yang kita jawabdengan amal kita. Pada kebanyakan kasus, Allah tidak memberikan tanda-tanda secara langsung, dan kita tidak mampu menjawab dengan lisan & gerakan. Kita hanya menjawabnya dengan amal sholeh.

'Karena itu Shinta, manfaatkan waktumu sebaik-baiknya.. Jawablah 3 panggilan Allah dengan hatimu dan sikap yang Husnul Khotimah, InsyaAllah syurga adalah balasannya'

Mata saya basah di dalam Masjid Nabawi , saya sujud bertaubat pada Allah karenakelalaian saya dalam menjawab panggilanNya.. Kala itu hati saya makin yakin akankebesaranNya, kasih sayangNya dan dengan semangat menyala-nyala, saya mengenakan baju Ihram dan berniat.. Aku menjawab panggilan UmrahMu, ya Allah, Tuhan Semesta Alam..



p/s: Takutlah kepada Allah, sesungguhnya Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Tuesday, 10 August 2010

Salam Ramadhan 1431H


Persatuan Pengajian Islam UNITEN KSHAS
mengucapkan
Selamat menjalani Ibadah Puasa, Salam Ramadhan 1431H

p/s: puase jangan tak puase.. ^_^

Sunday, 8 August 2010

Laporan: First Gathering PPI 2010


Assalamualaikum,

7 Ogos 2010 menjadi tarikh bersejarah buat Persatuan Pengajian Islam sesi 10/11 kerana berjaya menjalankan aktiviti pertama bersama-sama ahli-ahli persatuan yang terdiri daripada pelajar-pelajar Islam UNITEN KSHAS. Program yang diberi nama First Gathering 2010 bertujuan untuk mengenali lebih dekat lagi serta merapatkan ukhwah di antara saf pimpinan dan ahli persatuan.

Alhamdulillah program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada para pelajar dengan kehadiran seramai 97 orang. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi ini dipenuhkan dengan aktiviti-aktiviti yang menarik & menghiburkan seperti Get Together, Ta'ruf Ankabut, Kenali Saf PPI, Jalinan Mesra, Mencapai Langit Biru, Pulau Hadhari dan juga Santapan Rohani.

Kehadiran Ustaz Zulkifli sebagai tetamu VIP telah menceriakan lagi program tersebut padahmajlis perasmian penutupan & penyampaian hadiah. Semoga program kali ini menjadi sebuah memori yang indah buat semua ahli peserta dan juga saf pimpinan PPI. Agar kita berjumpa lagi di program-program yang akan datang, insyaAllah.. ;)

p/s: Anda boleh melihat gambar-gambar program di Facebook PPI UNITEN KSHAS ^_^

"Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Islam Ditegak"
"Lestarikan Diri Ke Arah Islam Yang Hakiki"

Thursday, 5 August 2010

Tuesday, 27 July 2010

Interview AJK PPI Sesi 2010/2011


Marilah hadir beramai-ramai ke Sesi Temuduga PPI Sesi 2010/2011 bertempat di Bilik Perbincangan di Perpustakaan UNITEN KSHAS. Pada tarikh 28/7/2010 & 4/8/2010 dari jam 9.30 pagi - 1.00 tengahari dan 2.00 petang - 5.00 petang. Sila bawa gambar berukuran passport. Jika tiada, simpan gambar dalam pendrive dan bawa bersama ketika sesi temuduga. Kerjasama anda amat dihargai.

Sunday, 9 May 2010

Uzlah PPI Saf Pimpinan 2010/11

Tarikh: 7 - 9 Mei 2010
Hari: Jumaat - Ahad
Tempat: PIIK UNITEN KSHAS


Program pertama yang dijalankan oleh saf pimpinan PPI 2010/11 selepas dilantik untuk memegang jawatan serta menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan. Program ini bertujuan untuk melatih para saf pimpinan bagi persediaan untuk kami menghadapi cabaran sepanjang perjuangan kami bagi satu sesi dari segi mental dan juga fizikal.

Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program termasuklah sesi ta'aruf sesama ahli pimpinan. Ia bertujuan untuk mengenali lebih rapat sesama ahli itu sendiri agar tautan ukhwah dapat terbina antara kami. Saf pimpinan juga didedahkan dengan cara-cara serta prosedur untuk membuat proposal bagi setiap program. Muhasabah diri juga menjadi salah satu tentatif dalam program tersebut untuk membangkitkan semangat di kalangan ahli pimpinan PPI dan menjadikan mereka lebih bersatu hati sesama saf pimpinan.

Dari Ia sedikit sebanyak dapat menambahkan ilmu dalam persediaan untuk berdakwah kepada semua orang terutama sekali terhadap pelajar UNITEN. Semoga saf pimpinan kali ini dapat menggalas amanah dengan penuh rasa tanggungjawab, insyaAllah.


Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sebaik-baik pemimpin kalian ialah pemimpin yang disayangi dan didoakan oleh kalian dan pemimpin itu juga menyayangi dan mendoakan kalian. Sementara seburuk-buruk pemimpin ialah pemimpin yang kalian kutuk dan benci dan mereka pula mengutuk dan membenci kalian."

(Hadis riwayat Muslim)

Friday, 2 April 2010

Ucapan dasar Presiden PPI KSHAS 2010/2011

BISMILLAHIRAHMANNIRAHIM...

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT serta selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda atas kurniaan nikmat iman dan Islam oleh Allah yang tiada tolok banding nilainya. Dengan dua nikmat yang terlalu besar nilainya inilah yang telah membuatkan kita dapat memegang gelaran sebagai khalifah Allah yang muslim, di mana kita dapat meneruskan saki-baki peninggalan perjuangan para-para anbiya’ di muka bumi ini sehingga ke hari ini.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan tanniah kepada pelajar UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah serta Kampus Putrajaya kerana telah berjaya menghadapi dan menamatkan minggu peperiksaan akhir semester bagi sesi 2009/2010 dengan jayanya. Dengan segala usaha dan doa kita selama ini, diharap agar kita semua akan memperolehi keputusan yang cemerlang. InsyaAllah...

Di kesempatan yang ada ini, saya Akmal Farhan Aziz selaku Presiden mewakili seluruh warga pimpinan saf Persatuan Pengajian Islam (PPI) bagi sesi 2010/2011 ingin mengucapkan tanniah dan syabas kepada Ahli Jawatankuasa Muktamar Sanawi (JMS) serta mantan-mantan PPI yang telah berjaya mengadakan Majlis Muktamar Sanawi kali-8 dengan jayanya. Sekalung tanniah juga saya ucapkan kepada ahli-ahli saf pimpinan yang baru kerana telah terpilih untuk memegang tampuk pimpinan bagi sesi 2010/2010 kali ini. Harapan saya pada saf pimpinan kali ini dapat melakukan satu perubahan ke arah yang lebih baik.

  • Menjadikan PPI UNITEN sebagai platform untuk menyampaikan dakwah dan meningkatkan kefahaman Islam kepada warga kampus.
  • Merapatkan jalinan ukhwwah dikalangan ahli saf pimpinan, mantan-mantan PPI, Unit Agama (HEP) serta seluruh warga kampus.
  • Meletakkan persatuan ini sebagai salah satu persatuan yang sentiasa menitikberatkan hal ehwal kebajikan warga kampus terutamanya dikalangan ahli saf pimpinan serta para pelajar.
  • Memantapkan lagi segala bentuk perlaksanan program yang bakal dianjurkan supaya lebih bersistematik dan efisien.
  • Meningkatkan kesedaran dan memaksimakan keterlibatan ahli terutama ahli SG dalam aktiviti dan gerak kerja persatuan.
  • Menjadikan mantan-mantan PPI sebelum ini sebagai tempat rujukan ataupun mentor kepada ahli saf pimpinan yang baru dalam semua aktiviti dan gerak kerja persatuan.
Bagi mengakhiri ucapan, saya mewakili seluruh warga Persatuan Pengajian Islam (PPI) UNITEN Kampus Sultan Haji Ahmad Shah ingin memohon maaf kepada semua mahasiswa UNITEN diatas kesalahan yang telah kami semua lakukan selama ini sama ada kami sedari mahupun tidak sedari. Saya juga ingin mengalu-alukan sebarang cadangan mahupun idea daripada anda semua dalam usaha untuk membawa dakwah Islam ini...

"Usah menangis setiap kesusahan...
Usah berbangga setiap kejayaan...
Usah malu pada kekurangan...
Kerana semua itu adalah ujian...
Menguji kemantapan iman..."

Semaikan islam dihati,
Tanamkan iman nan suci,
Bajai takwa setiap hari,
Berbuahlah bahagia yang hakiki.

“Di Mana Bumi Di Pijak Di Situ Islam Di Tegak”
"Lestarikan Diri ke Arah Islam Yang Hakiki"

Akmal Farhan Bin Aziz
Presiden
Persatuan Pengajian Islam 2010/2011
Kampus Sultan Haji Ahmad Shah

Sunday, 21 March 2010

Majlis Penyerahan Fail kepada Saf PPI 10/11


Bertarikh 18/3/2010, satu majlis penyerahan fail dari saf pimpinan 2009/2010 kepada saf pimpinan 2010/2011 telah diadakan di Pusat Islam Ibnu Khaldun. Majlis yang diadakan secara sederhana ini adalah sebagai satu simbolik untuk meneruskan tradisi perjuangan Persatuan Pengajian Islam di UNITEN KSHAH untuk mengharungi segala cabaran dan dugaan bersama. Semoga PPI 10/11 dapat menggalas tugas dengan penuh rasa tanggungjawab dan amanah.

"Di Mana Bumi Dipijak Di Situ Islam Ditegak"

Thursday, 11 March 2010

Muktamar Sanawi PPI UNITEN KSHAS Kali Ke-8

Pada tarikh 11 Mac 2010 bersamaan 25 Rabiulawal 1431H, PPI UNITEN KSHAS telah mengadakan Muktamar Sanawi kali ke-8 bertempat di Dewan Ilmu. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran penasihat PPI UNITEN KSHAS iaitu Ustaz Khairul Nizam Bin Mat Karim, mantan-mantan Saf Pimpinan PPI, Saf Pimpinan PPI 2009/2010 dan juga calon-calon Saf Pimpinan PPI 2010/2011.

Tujuan utama Muktamar Sanawi ini diadakan adalah untuk memilih saf kepimpinan yang baru bagi sesi 2010/2011. Muktamar pada malam itu diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh penasihat PPI UNITEN KSHAS, Ustaz Khairul Nizam Bin Mat Karim serta ucapan dasar oleh saudara Muhammad Syafiq Bin Mohd Zaid selaku Presiden 2009/2010. Beliau telah memberikan mandat yang harus dipikul oleh saf pimpinan yang bakal menerajui tampuk pimpinan PPI bagi sesi 2009/2010.

Untuk Saf Pimpinan 2010/2011, beberapa pertukaran untuk lujnah telah dibuat. Iaitu penambahan Lujnah Sukan & Rekreasi (S&R) serta Lujnah Kebajikan ditukar kepada Lujnah Kebajikan & Akademik. Manakala Lujnah Integrasi & Perpaduan (I&P) telah dimansuhkan. Selain itu, majlis juga diserikan lagi dengan sesi soal jawab dan sesi usul.

Majlis pada malam itu telah berjalan dengan lancar. Segala keputusan yang telah ditentukan oleh pihak JMS (Jemaah Majlis Syura) diterima dengan hati terbuka oleh para hadirin. Berikut adalah saf kepimpinan baru 2010/2011 yang akan meneruskan penerajuan PPI untuk mengembangkan dakwah di UNITEN. Tahniah kepada semua!

SAF KEPIMPINAN PPI 2010/2011

PRESIDEN
AKMAL FARHAN B. AZIZ

TIMB. PRESIDEN I
WAN AHMAD FAROUK B. WAN ASRI

TIMB. PRESIDEN II (HELWANI)
NORLELA BT. MOHD ALI

SETIAUSAHA AGONG
ILHAM HAFIFI B. ISHAMUDDIN

SETIAUSAHA II
NOR HAZLEEN BT. JAMIL

BENDAHARI KEHORMAT
AZRUL RAHMAN B. FAZUL RAHMAN

BENDAHARI II
BALQIS ATHIRAH BT. BADIUZAMAN

LUJNAH TARBIYAH & KEPIMPINAN (T&K)
MUHAMMAD HASBULLAH B. HAMID
NORAIHAN BT. MAT HUSSIN

LUJNAH DAKWAH ISLAMIC OUTREACH (DIO)
MUHAMMAD NORFARHAN B. JAMALUDDIN
FADZILAH FAQIH BT. MOHD FADZIL

LUJNAH MUSOLLA
MUHAMMAD FADZIL BT. BASRI
SITI FATIMAH BT. ROSLI
NUR IZZAH BT. FAKHARUDDIN

LUJNAH SUKAN & REKREASI (S&R)
MOHAMMAD FAIZ B. PAISAN
NADIATUL HAIFA BT. JAMAL
SITI NADIA BT. MOHD SAWAWI

LUJNAH KEBAJIKAN & AKADEMIK
ADIB FADZLI B. AHMAD FAUZI
HAJIAH BT. MD. YUSOFF

LUJNAH PENERBITAN & PUBLISITI (P&P)
ABDUL MUIZZ B. ABDUL GHANI
KHAIRAN SHARMIZA BT. ZAKARIA

LUJNAH EKONOMI
MUHAMMAD ARIEF HAFIZI B. TAJUL AZMI
SITI AISYAH BT. ISMAIL

"Lestarikan Diri Ke Arah Islam Hakiki"

Thursday, 18 February 2010

Karnival 1 KAMI

Pada 5 Februari 2010 lalu, PPI Muadzam Shah telah menganjurkan Karnival ‘1 KAMI’. Karnival selama 2 hari iaitu 5 Februari 2010 sehingga 6 Februari 2010 ini telah berlangsung dengan jayanya hasil kerjasama daripada semua pihak.



Perasmian program disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor UNITEN KSHAS iaitu Prof. Madya Dr. Shaari b. Md. Noor dengan dihiburkan oleh persembahan sajak dari pelajar-pelajar sekolah, nyayian akustik oleh pelajar Uniten serta persembahan teater bertajuk “Pergi Mati.....Dengan Islam” oleh pelajar-pelajar dari Uniten Bangi.


Antaranya aktiviti yang dijalankan ialah Hijrah Talk, Tayangan Movie, Futsal, Tarik Tali, pameran dan banyak lagi. Hijrah Talk merupakan sebuah bengkel mengenai pengurusan kewangan secara efektif. Tayangan movie pula menayangkan movie ‘The Princess and Frog’ and ‘Alvin and Chipmunks 2’. Antara pihak luar yang terlibat dengan pameran ialah pihak LPPKN, PDRM, Tabung Haji, TLDM, Digi, dan Abg Pasir.

Mereka yang terlibat dalam program ini bukan sahaja pelajar UNITEN KSHAS, malah penduduk Muadzam Shah serta pelajar-pelajar sekolah di sekitar Muadzam Shah turut terlibat. Antaranya SMT Muadzam Shah, MRSM Muadzam Shah, dan SMA Bukit Ibam. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan karnival ini. Diharapkan karnival sebegini akan dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang.



Monday, 11 January 2010

Program Tahyiz Mayyit

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH (TAHYIZ MAYYIT)

Tarikh:
9 & 10 Januari 2010 (23 & 24 Muharam 1431 H)

Tempat:
Masjid Al-Muadzam Shah

Anjuran bersama:
Unit Agama UNITEN KSHAS & PPI UNITEN
PAID Muadzam Shah
Masjid Al-Muadzam Shah

Peserta:
Mahasiswa & Mahasiswi UNITEN, serta penduduk Muadzam Shah

Penceramah:
En. Rameli bin Yunus (ABAH)

Lokasi pelawat