Perasmian program disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor UNITEN KSHAS iaitu Prof. Madya Dr. Shaari b. Md. Noor dengan dihiburkan oleh persembahan sajak dari pelajar-pelajar sekolah, nyayian akustik oleh pelajar Uniten serta persembahan teater bertajuk “Pergi Mati.....Dengan Islam” oleh pelajar-pelajar dari Uniten Bangi.
Antaranya aktiviti yang dijalankan ialah Hijrah Talk, Tayangan Movie, Futsal, Tarik Tali, pameran dan banyak lagi. Hijrah Talk merupakan sebuah bengkel mengenai pengurusan kewangan secara efektif. Tayangan movie pula menayangkan movie ‘The Princess and Frog’ and ‘Alvin and Chipmunks 2’. Antara pihak luar yang terlibat dengan pameran ialah pihak LPPKN, PDRM, Tabung Haji, TLDM, Digi, dan Abg Pasir.
Mereka yang terlibat dalam program ini bukan sahaja pelajar UNITEN KSHAS, malah penduduk Muadzam Shah serta pelajar-pelajar sekolah di sekitar Muadzam Shah turut terlibat. Antaranya SMT Muadzam Shah, MRSM Muadzam Shah, dan SMA Bukit Ibam. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan karnival ini. Diharapkan karnival sebegini akan dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang.



No comments:
Post a Comment