Jalinan ukhwah

Thursday, 16 August 2012

Fasa perubahan jasad dalam kubur

Mayat adalah jasad manusia sesudah mati. Apa yang akan terjadi kepada jasad manusia setelah meninggal dunia? Beberapa fasa perubahan pada jasad boleh dibaca dibawah:

Pada malam pertama kematian:
Anggota jasad yang mula membusuk adalah perut dan kemaluan. Perut dan kemaluan adalah perkara yang mudah untuk manusia melakukan maksiat dan dosa di atas muka bumi ini. Perut dan kemaluan perlulah dijaga dengan baik dan perlulah dielakkan memakan makanan yang haram dan berzina sewaktu hidup di dunia ini. Dua anggota inilah yang akan mula membusuk didalam kubur nanti.

Kemudian, jasad mula berubah warna menjadi hijau kehitaman. Walau didunia ini pelbagai make-up dan alat-alat kecantikan diguna agar nampak mempersonakan, akhirnya tetap mempunyai satu warna sahaja dan sangatlah hodoh.

Pada malam kedua kematian:
Anggota-anggota dalaman jasad seperti limpa, hati, dan paru-paru mulai membengkak dan membusuk.

Pada malam ketiga kematian:
Seluruh anggota jasad menjadi busuk yang lebih busuk dari bangkai haiwan.

7 hari kematian:
Anggota wajah seperti mata, mulut dan pipi akan mula membengkak. Rupa yang cantik dan menawan didunia sudah tiada lagi. Oleh kerana itu dikatakan bahawa kecantikan itu hanya sementara dan pinjaman didunia ini sahaja. Jadi, jagalah kurniaan Allah swt itu dengan baik.

10 hari kematian:
Anggota-anggota jasad lebih mengeluarkan bau busuk, membengkak dan mulai mereput.

14 hari kematian:
Rambut pada jasad mulai gugur.

15 hari kematian:
Bau anggota-anggota jasad sangat busuk pada hari ke 15. Anggaran bau busuk jasad pada hari ke 15 ini ialah, seekor lalat boleh menghidu baunya dari jarak 5 km. Ulat-ulat mulai menutupi dan memenuhi seluruh jasad mayat itu. Mayat makin mereput.

6 bulan kematian:
Jasad yang penuh dengan berbagai jenis organ kini tinggal rangka tulang sahaja. Keseluruhan anggota-anggota jasad mereput dengan sempurna.

25 tahun kematian:
Rangka tulang jasad kemudiannya bertukar menjadi seperti "biji" dan didalamnya biji tersebut terdapat satu tulang yang sangat kecil disebut 'ajbudz dzanab' iaitu tulang ekor. Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah swt di Padang Mahsyar nanti.


Inilah tubuh yang kita sering jaga. Inilah tubuh yang dikurniakan Allah swt kepada kita sebagai manusia. Tubuh yang dikurniakan Allah swt ini mnjadi penentu samada digunakan oleh manusia untuk sesuatu yang baik atau digunakan untuk sesuatu yang tidak baik. Jadi, jasad yang dikurniakan oleh Allah swt yang hebat ini perlulah digunakan dijalan yang baik.

No comments:

Post a Comment

Lokasi pelawat