Jalinan ukhwah

Tuesday, 25 September 2012

Aurat Wanita

Doodles credit to http://nurdaniub.blogspot.com


Berminat untuk mendapatkan inner tudung bawal kami? Boleh pm/inbox kami di page PPI KSHAS:) Limited pieces. Sama-sama kita menjaga aurat kita ya, kami di sini sedia membantu.

Saturday, 22 September 2012

Aurat dan pergaulan

Pernahkah kita terfikir tentang aurat serta halal haram bersentuhan antara lelaki dan perempuan dalam Islam? Mungkin ada sesetengah masyarakat kita kurang prihatin dan tumpuan tentang akidah ini. Pendedahan aurat serta bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi (asing. bukan suami/isteri serta mahramnya) adalah haram bersentuhan tetapi dibolehkan jika menutup aurat dan beralas disisi Islam. Disini, saya paparkan gambar agar kita semua mudah fahami dan pelajari tentang akidah menutup aurat serta bersentuhan dalam Islam:

Mahram bagi perempuan:

 
 Mahram bagi lelaki:



Terdapat dalil menerangkan mengenai aurat;

"dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka".

(Surah an-Nur; 31)

"Suatu hari, Asma', iaitu anak Abu Bakar masuk untuk berjumpa Nabi s.a.w. Kebetulan ketika itu, dia memakai pakaian yang nipis (yang menampakkan bayangan kulitnya). Nabi s.a.w. lalu memalingkan pandangan darinya sambil bersabda (maksudnya): "Wahai Asma', seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja", sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya"

(Hadis Riwayat Imam Abu Daud)

Oleh itu, kita sebagai golongan terpelajar haruslah mengikut contoh dan teladan yang baik. Islam telah menggariskan penutupan aurat dan pergaulan yang terbaik untuk ummatnya. Kita tidak seharusnya mengikut arus kemodenan yang menjurus kearah kejahilan yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah seterusnya mencampakkan diri ke dalam neraka yang tersiksa. Ingatlah wahai rakan-rakan sekalian. Etika pemakaian dan batas-batas pergaulan haruslah dijaga agar dapat mengelakkan kemurkaan Allah disamping menjaga harga dan maruah diri.

Thursday, 20 September 2012

Muktamar Sanawi ke 10



Muktamar Sanawi bermaksud mesyuarat agung tahunan sesebuah organisasi atau pertubuhan. Pada hari Isnin, 13 Ogos 2012 bersamaan 25 Syaaban 1433, Persatuan Pengajian Islam (PPI) UNITEN KSHAS telah mengadakan satu Majlis Muktamar Sanawi untuk kali yang ke 10. Ini bermakna, PPI telah bertapak di bawah UNITEN KSHAS selama 10 tahun.

Majlis Muktamar Sanawi PPI ini telah berlangsung dengan rasminya. Majlis ini bertujuan untuk membincangkan tentang isu-isu persatuan, perjumpaan sesama ahli, dan pembubaran jawatankuasa lama serta perlantikan jawatan kuasa baru untuk tahun 2012-2013.

Kini, saf pimpinan pada tahun 2011-2012 yang dipimpin oleh Mohd Syazelin bin Mustapha telah diganti dengan saf pimpinan yang baru untuk tahun 2012-2013 dan dipimpin oleh presiden yang baru iaitu Nursyazri Hilman bin Salleh. Semoga saf pimpinan baru kali ini akan lebih berinteraktif dan berinovasi dalam memikul tanggungjawab yang diberikan dan semoga mendapat hidayah dan keredhaan daripada Allah swt dalam menjalankan tugas dakwah kepada masyarakat.

Dibawah ada diupload gambar sewaktu Majlis Muktamar Sanawi PPI kali ke 10 berlangsung:















Santau

Santau adalah satu perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh seorang manusia kepada manusia yang lain bertujuan untuk menyakiti dan dengan menggunakan pertolongan dari Jin atau syaitan. Ilmu santau adalah salah satu Ilmu hitam dan ia digunakan dengan dua cara iaitu melalui angin dan fizikal. Perbuatan ini sering berlaku dikalangan masyarakat kita yang lazimnya beragama Islam. Perbuatan santau adalah bersimpang dan salah disisi agama Islam.

Kita sebagai umat Islam yang diciptakan oleh Allah swt sebagai sebaik-baik makhluk tidak seharusnya menggunakan perbuatan terkutuk ini. Setiap permasalahan sesama umat haruslah diselesaikan mengikut adat agama dan toleransi. Islam amat mengutuk keras perbuatan ini kerana ia bercanggah dengan sifat sebagai manusia yang diciptakan untuk saling menyayangi dan disayangi sebaliknya bukan disakiti. Sesungguhnya Allah swt melaknat orang yang menggunakan santau dan orang yang terlibat dalam ilmu santau. Antara dalil yang boleh kita gunakan dengan perbuatan santau adalah dari Surah Al-Baqarah ayat 102;

وَاتَّبَعُواْ مَا تَتْلُواْ الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَـكِنَّ الشَّيْاطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُواْ لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْاْ بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ

Maksudnya:
Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu jangnalah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya . Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui “.

Jadi, kita sebagai insan yang terpelajar seharusnya meninggalkan perbuatan terkutuk santau ini. Meminta sesuatu pertolongan adalah dengan memohon kepada Allah swt dan bkn daripada jin atau syaitan yang dilaknat Allah swt. Seorang yang berintelektual tidak sepatutnya mudah terjerumus dan tenggelam didalam lembah yang dimurkai Allah swt ini.


 

Lokasi pelawat