Jalinan ukhwah

Saturday, 22 September 2012

Aurat dan pergaulan

Pernahkah kita terfikir tentang aurat serta halal haram bersentuhan antara lelaki dan perempuan dalam Islam? Mungkin ada sesetengah masyarakat kita kurang prihatin dan tumpuan tentang akidah ini. Pendedahan aurat serta bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi (asing. bukan suami/isteri serta mahramnya) adalah haram bersentuhan tetapi dibolehkan jika menutup aurat dan beralas disisi Islam. Disini, saya paparkan gambar agar kita semua mudah fahami dan pelajari tentang akidah menutup aurat serta bersentuhan dalam Islam:

Mahram bagi perempuan:

 
 Mahram bagi lelaki:



Terdapat dalil menerangkan mengenai aurat;

"dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka".

(Surah an-Nur; 31)

"Suatu hari, Asma', iaitu anak Abu Bakar masuk untuk berjumpa Nabi s.a.w. Kebetulan ketika itu, dia memakai pakaian yang nipis (yang menampakkan bayangan kulitnya). Nabi s.a.w. lalu memalingkan pandangan darinya sambil bersabda (maksudnya): "Wahai Asma', seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja", sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya"

(Hadis Riwayat Imam Abu Daud)

Oleh itu, kita sebagai golongan terpelajar haruslah mengikut contoh dan teladan yang baik. Islam telah menggariskan penutupan aurat dan pergaulan yang terbaik untuk ummatnya. Kita tidak seharusnya mengikut arus kemodenan yang menjurus kearah kejahilan yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah seterusnya mencampakkan diri ke dalam neraka yang tersiksa. Ingatlah wahai rakan-rakan sekalian. Etika pemakaian dan batas-batas pergaulan haruslah dijaga agar dapat mengelakkan kemurkaan Allah disamping menjaga harga dan maruah diri.

No comments:

Post a Comment

Lokasi pelawat