Jalinan ukhwah
Sunday, 27 January 2013
Abang hensem & Kakak Cantik PPI UNITEN KSHAS
Saturday, 19 January 2013
Friday, 18 January 2013
Friday, 26 October 2012
Indahnya Hari Raya Aidiladha! :)
![]() |
| Untuk mengetahui Sejarah Qurban lebih lanjut, boleh klik gambar di bawah. :) Post yang menarik. |

![]() |
| Info dipetik daripada penulis Pengerusi Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID) |
Labels:
Hari Raya Aidiladha,
hikmah korban,
korban,
lembu,
sejarah korban.,
takbir raya
Tuesday, 25 September 2012
Aurat Wanita
![]() |
| Doodles credit to http://nurdaniub.blogspot.com |
Berminat untuk mendapatkan inner tudung bawal kami? Boleh pm/inbox kami di page PPI KSHAS:) Limited pieces. Sama-sama kita menjaga aurat kita ya, kami di sini sedia membantu.
Labels:
aurat,
inner tudung,
kshas,
ppi,
stoking,
tudung bawal,
wajib,
wanita
Saturday, 22 September 2012
Aurat dan pergaulan
Pernahkah kita terfikir tentang aurat serta halal haram bersentuhan antara lelaki dan perempuan dalam Islam? Mungkin ada sesetengah masyarakat kita kurang prihatin dan tumpuan tentang akidah ini. Pendedahan aurat serta bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi (asing. bukan suami/isteri serta mahramnya) adalah haram bersentuhan tetapi dibolehkan jika menutup aurat dan beralas disisi Islam. Disini, saya paparkan gambar agar kita semua mudah fahami dan pelajari tentang akidah menutup aurat serta bersentuhan dalam Islam:
Terdapat dalil menerangkan mengenai aurat;
"dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka".
(Surah an-Nur; 31)
"Suatu hari, Asma', iaitu anak Abu Bakar masuk untuk berjumpa Nabi s.a.w. Kebetulan ketika itu, dia memakai pakaian yang nipis (yang menampakkan bayangan kulitnya). Nabi s.a.w. lalu memalingkan pandangan darinya sambil bersabda (maksudnya): "Wahai Asma', seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja", sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya"
(Hadis Riwayat Imam Abu Daud)
Oleh itu, kita sebagai golongan terpelajar haruslah mengikut contoh dan teladan yang baik. Islam telah menggariskan penutupan aurat dan pergaulan yang terbaik untuk ummatnya. Kita tidak seharusnya mengikut arus kemodenan yang menjurus kearah kejahilan yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah seterusnya mencampakkan diri ke dalam neraka yang tersiksa. Ingatlah wahai rakan-rakan sekalian. Etika pemakaian dan batas-batas pergaulan haruslah dijaga agar dapat mengelakkan kemurkaan Allah disamping menjaga harga dan maruah diri.
Mahram bagi perempuan:
Mahram bagi lelaki:

Thursday, 20 September 2012
Muktamar Sanawi ke 10
Muktamar Sanawi bermaksud mesyuarat agung tahunan sesebuah
organisasi atau pertubuhan. Pada hari Isnin, 13 Ogos 2012 bersamaan 25 Syaaban
1433, Persatuan Pengajian Islam (PPI) UNITEN KSHAS telah mengadakan satu Majlis
Muktamar Sanawi untuk kali yang ke 10. Ini bermakna, PPI telah bertapak di
bawah UNITEN KSHAS selama 10 tahun.
Majlis Muktamar Sanawi PPI ini telah berlangsung dengan
rasminya. Majlis ini bertujuan untuk membincangkan tentang isu-isu persatuan,
perjumpaan sesama ahli, dan pembubaran jawatankuasa lama serta perlantikan
jawatan kuasa baru untuk tahun 2012-2013.
Kini, saf pimpinan pada tahun 2011-2012 yang dipimpin oleh
Mohd Syazelin bin Mustapha telah diganti dengan saf pimpinan yang baru untuk
tahun 2012-2013 dan dipimpin oleh presiden yang baru iaitu Nursyazri Hilman bin
Salleh. Semoga saf pimpinan baru kali ini akan lebih berinteraktif dan
berinovasi dalam memikul tanggungjawab yang diberikan dan semoga mendapat
hidayah dan keredhaan daripada Allah swt dalam menjalankan tugas dakwah kepada masyarakat.
Dibawah ada diupload gambar sewaktu Majlis Muktamar Sanawi PPI kali ke 10 berlangsung:
Subscribe to:
Posts (Atom)