
Jalinan ukhwah
Monday, 15 March 2010
Majlis Bacaan Yaasin & Solat Hajat
Thursday, 11 March 2010
Muktamar Sanawi PPI UNITEN KSHAS Kali Ke-8
Pada tarikh 11 Mac 2010 bersamaan 25 Rabiulawal 1431H, PPI UNITEN KSHAS telah mengadakan Muktamar Sanawi kali ke-8 bertempat di Dewan Ilmu. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran penasihat PPI UNITEN KSHAS iaitu Ustaz Khairul Nizam Bin Mat Karim, mantan-mantan Saf Pimpinan PPI, Saf Pimpinan PPI 2009/2010 dan juga calon-calon Saf Pimpinan PPI 2010/2011.Tujuan utama Muktamar Sanawi ini diadakan adalah untuk memilih saf kepimpinan yang baru bagi sesi 2010/2011. Muktamar pada malam itu diteruskan lagi dengan ucapan perasmian oleh penasihat PPI UNITEN KSHAS, Ustaz Khairul Nizam Bin Mat Karim serta ucapan dasar oleh saudara Muhammad Syafiq Bin Mohd Zaid selaku Presiden 2009/2010. Beliau telah memberikan mandat yang harus dipikul oleh saf pimpinan yang bakal menerajui tampuk pimpinan PPI bagi sesi 2009/2010.
Untuk Saf Pimpinan 2010/2011, beberapa pertukaran untuk lujnah telah dibuat. Iaitu penambahan Lujnah Sukan & Rekreasi (S&R) serta Lujnah Kebajikan ditukar kepada Lujnah Kebajikan & Akademik. Manakala Lujnah Integrasi & Perpaduan (I&P) telah dimansuhkan. Selain itu, majlis juga diserikan lagi dengan sesi soal jawab dan sesi usul.
Majlis pada malam itu telah berjalan dengan lancar. Segala keputusan yang telah ditentukan oleh pihak JMS (Jemaah Majlis Syura) diterima dengan hati terbuka oleh para hadirin. Berikut adalah saf kepimpinan baru 2010/2011 yang akan meneruskan penerajuan PPI untuk mengembangkan dakwah di UNITEN. Tahniah kepada semua!
PRESIDEN
AKMAL FARHAN B. AZIZ
TIMB. PRESIDEN I
WAN AHMAD FAROUK B. WAN ASRI
TIMB. PRESIDEN II (HELWANI)
NORLELA BT. MOHD ALI
SETIAUSAHA AGONG
ILHAM HAFIFI B. ISHAMUDDIN
SETIAUSAHA II
NOR HAZLEEN BT. JAMIL
BENDAHARI KEHORMAT
AZRUL RAHMAN B. FAZUL RAHMAN
BENDAHARI II
BALQIS ATHIRAH BT. BADIUZAMAN
LUJNAH TARBIYAH & KEPIMPINAN (T&K)
MUHAMMAD HASBULLAH B. HAMID
NORAIHAN BT. MAT HUSSIN
LUJNAH DAKWAH ISLAMIC OUTREACH (DIO)
MUHAMMAD NORFARHAN B. JAMALUDDIN
FADZILAH FAQIH BT. MOHD FADZIL
LUJNAH MUSOLLA
MUHAMMAD FADZIL BT. BASRI
SITI FATIMAH BT. ROSLI
NUR IZZAH BT. FAKHARUDDIN
LUJNAH SUKAN & REKREASI (S&R)
MOHAMMAD FAIZ B. PAISAN
NADIATUL HAIFA BT. JAMAL
SITI NADIA BT. MOHD SAWAWI
LUJNAH KEBAJIKAN & AKADEMIK
ADIB FADZLI B. AHMAD FAUZI
HAJIAH BT. MD. YUSOFF
LUJNAH PENERBITAN & PUBLISITI (P&P)
ABDUL MUIZZ B. ABDUL GHANI
KHAIRAN SHARMIZA BT. ZAKARIA
LUJNAH EKONOMI
MUHAMMAD ARIEF HAFIZI B. TAJUL AZMI
SITI AISYAH BT. ISMAIL
"Lestarikan Diri Ke Arah Islam Hakiki"
Thursday, 18 February 2010
Karnival 1 KAMI
Perasmian program disempurnakan oleh Timbalan Naib Canselor UNITEN KSHAS iaitu Prof. Madya Dr. Shaari b. Md. Noor dengan dihiburkan oleh persembahan sajak dari pelajar-pelajar sekolah, nyayian akustik oleh pelajar Uniten serta persembahan teater bertajuk “Pergi Mati.....Dengan Islam” oleh pelajar-pelajar dari Uniten Bangi.
Antaranya aktiviti yang dijalankan ialah Hijrah Talk, Tayangan Movie, Futsal, Tarik Tali, pameran dan banyak lagi. Hijrah Talk merupakan sebuah bengkel mengenai pengurusan kewangan secara efektif. Tayangan movie pula menayangkan movie ‘The Princess and Frog’ and ‘Alvin and Chipmunks 2’. Antara pihak luar yang terlibat dengan pameran ialah pihak LPPKN, PDRM, Tabung Haji, TLDM, Digi, dan Abg Pasir.
Mereka yang terlibat dalam program ini bukan sahaja pelajar UNITEN KSHAS, malah penduduk Muadzam Shah serta pelajar-pelajar sekolah di sekitar Muadzam Shah turut terlibat. Antaranya SMT Muadzam Shah, MRSM Muadzam Shah, dan SMA Bukit Ibam. Akhir kata, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan karnival ini. Diharapkan karnival sebegini akan dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang.


