Jalinan ukhwah

Thursday, 17 December 2009

Salam Maal Hijrah 1431


Salam Maal Hijrah 1431 daripada PPI UNITEN, KSHAS
Semoga ibadah dan kehidupan kita sentiasa diberkati oleh Allah SWT

Monday, 9 November 2009

Uzlah Ke-2 PPI 09/10

UZLAH PPI 09/10
7-9 NOVEMBER 2009
PIIK UNITEN MUADZAM SHAH


Sunday, 20 September 2009

Salam Aidilfitri


Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin
kepada semua muslimin dan muslimat.

Ucapan ikhlas daripada Persatuan Pengajian Islam (PPI)
Universiti Tenaga Nasional
Kampus Muadzam Shah, Pahang.

Friday, 24 July 2009

Konsert Malam Amal Nur Cinta D'Hati 2009


Konsert Malam Amal Nur Cinta D'Hati 2009 akan diadakan pada 9 Oktober 2009 bermula pada jam 8.30 malam bertempat di Auditorium Utama Uniten KSHAS. Konsert amal ini bertujuan untuk mengumpul dana yang akan disalurkan ke Tabung Pusat Islam Ibnu Khaldun, Uniten KSHAS.

Artis2 yang akan memeriahkan malam tersebut adalah Ramli Sarip, InTeam, UNIC, dan Ustaz Zamri Mantop (Mari Mengaji) TV9. Tiket berharga RM10, tapi ianya adalah TERHAD!! Untuk tempahan tiket boleh hubungi Ustaz Ridzuan 012-2358451, saudara Tajul Khaizimi 017-4618834, atau saudara Abdul Muizz 017-2803454. Jemputlah hadir beramai-ramai!!

Tuesday, 21 July 2009

Bazaar Persatuan & Kelab UNITEN KSHAS Julai 09/10

Dijemput kepada semua pelajar UNITEN KSHAS, ke Booth PPI yang akan diadakan pada:

Tarikh: 22hb Julai 2009
Tempat: antara Blok Akademik AA & AB
Masa: 8.00 pagi - 10.00 malam

apa yang menarik di sana??

*anda boleh mengambil sijil program PPI terdahulu
*ada jualan makanan dan aksesori
*persembahan kumpulan nasyid dan
*cenderahati menarik menanti anda!!

Jumpa anda di sana!!!

Sunday, 19 July 2009

Israk dan Mikraj

Israk dan Mikraj merupakan peristiwa agung yang berlaku pada 27 Rejab dan umat Islam wajib mempercayai dgn penuh keyakinan peristiwa itu. Peristiwa itu diabadikan dalam Al-Quran dan mengandungi hikmah yang amat besar, menunjukkan kekuasaan Allah mencipta alam ini dan membenarkan lagi kerasulan Muhammad S.A.W.

Ia merupakan peristiwa yang sangat luar biasa, mencabar pemikiran manusia seisi alam kerana berlaku di luar pencapaian pancaindera biasa manusia. Namun bagi golongan beriman tetap yakin dengannya kerana ia bukti kuasa Allah. Dalam Islam, ulama mencapai kata sepakat kepada sesiapa yang meragui atau tidak mempercayai peristiwa Israk dan Mikraj hukumnya kafir.

Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha utk mengadap Allah S.W.T di mana solat 5 waktu telah difardhukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W dan semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja.

Firman Allah S.W.T:
Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendangar lagi Maha Mengetahui. - Petikan dari Surah Al-Israa ayat 1.

Persatuan Pengajian Islam UNITEN KSHAS mengucapkan Selamat Menyambut Hari Israk dan Mikraj bagi seluruh umat Islam. Marilah kita sama-sama memperingati dan mengambil pengajaran yang begitu berharga daripada peristiwa ini. Lestarikan diri ke arah Islam yang hakiki.

Wednesday, 1 July 2009

Jualan sempena intake sesi 2009/2010

Pada 27hb Jun yang lalu, Lujnah Ekonomi PPI Uniten KSHAS telah mengadakan jualan sempena pengambilan pelajar baru sesi 2009/2010. Seramai 21 orang telah melibatkan diri sebagai tenaga kerja untuk jualan kali ini.

Kesemua tenaga kerja telah melapor diri pada 24hb untuk persiapan awal bagi jualan tersebut. Jualan kali ini terbahagi kepada 4 kawasan atau booth iaitu di auditorium, pusat islam, desasiswa bistari dan desasiswa ilmiah. Pelbagai jenis makanan telah dijual seperti nasi lemak, mihun, sandwich, muffin, kek, dan banyak lagi.


Jualan di penginapan lebih tertumpu kepada jualan perkakas rumah seperti baldi, penyapu, mop dan lain-lain. Alhamdulillah, jualan pada hari tersebut amat meriah dan memberansangkan.


Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua tenaga kerja yang sudi menggembeling tenaga dan bekerjasama dalam menjayakan jualan kali ini. Syukran jazilan!! =)

Monday, 6 April 2009

UZLAH PPI 09/10

Pada 3 hingga 5 April yang lalu, PPI telah menganjurkan Uzlah PPI untuk Saf Pimpinan 2009/2010 yang baru. Uzlah PPI bertujuan untuk memberikan pendedahan tentang matlamat dan halatuju PPI disamping mengenal pasti sistem pengurusan dan gerak kerja yang cekap dan efisien.

Sesi Uzlah dimulakan dengan sesi taaruf oleh Abg Alliph diikuti dgn slot presentation oleh setiap lujnah pada sebelah malamnya. Presentation itu merupakan tugasan yang diberikan oleh MT untuk setiap lujnah diikuti dengan proposal.

Pada hari berikutnya, adalah slot bersama Abg Asri dengan tajuk Anjakan Paradigma. Abg Alliph & Abg Haziq mengambil slot pada waktu pagi, kemudian semua peserta diberi masa untuk melengkapkan proposal masing-masing hingga siap.

Pada sebelah malamnya, adalah aktiviti berteraskan kerohanian yang benar-benar menguji mental para peserta. Hari seterusnya, kami melawat ke rumah Ibu dan Abah dan sarapan di sana. Setelah itu, para peserta melawat ke rumah Nur Hidayah di mana setiap lujnah diberikan seorang adik angkat.

Kemudian kami kembali ke Balai Islam untuk majlis penutup dan post-mortem. Diharap dgn program ini, setiap peserta dapat mempersiapkan diri dengan usaha dan memberikan komitmen yang penuh dalam PPI.

Saturday, 14 March 2009

Muktamar Sanawi PPI UNITEN KSHAS Kali Ke-7

Pada tarikh 13 Mac 2009 bersamaan 16 Rabiulawal 1430H, PPI UNITEN KSHAS telah mengadakan Muktamar Sanawi kali ke-7 bertempat di Dewan Ilmu. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran penasihat Persatuan Pengajian Islam iaitu Ustaz Khairul Nizam Bin Mat Karim, rakan-rakan PPI daripada Kampus Putrajaya, saf-saf pimpinan PPI 08/09 dan juga calon-calon saf pimpinan 09/10.

Tujuan utama Muktamar Sanawi ini diadakan adalah untuk memilih saf kepimpinan yang baru bagi sesi 2009/2010.Muktamar pada malam itu diteruskan lagi dengan ucapan dasar oleh saudara Wan Haziq Naim Bin Wan Johan selaku Presiden 2008/2009. Beliau telah memberikan mandat yang harus dipikul oleh saf pimpinan yang bakal menerajui tampuk pimpinan PPI bagi sesi 2009/2010.

Selain itu, majlis juga diserikan lagi dengan sesi soal jawab dan sesi usul. Majlis pada malam itu telah berjalan dengan lancar. Segala keputusan yang telah ditentukan oleh pihak SPR diterima dengan hati terbuka oleh para hadirin. Berikut adalah saf kepimpinan baru 2009/2010 yang akan meneruskan penerajuan PPI untuk mengembangkan dakwah di UNITEN. Tahniah kepada semua!

SAF KEPIMPINAN PPI 2009/2010

PRESIDEN
MUHAMMAD SYAFIQ B. MOHD ZAID

TIM. PRESIDEN
ABDUL MUIZZ B ABD GHANI

HELWANI
SITI NORFAEZAH BT AB HAMID

SETIAUSAHA AGUNG
MUHAMMAD AFNAN SYAHIRAN B. OTHMAN

PENOLONG SETIAUSAHA
NUR AZIZAH BT ZAWAWI

BENDAHARI KEHORMAT
MUHAMMAD ISHAM B. ISKANDAR

PENOLONG BENDAHARI
MASYITAH BT ABD RAZAK

LUJNAH TARBIYAH & KEPIMPINAN (T&K)
AHMAD QUSYAIRI B. ABDULL RAHIM
SHAHARADIAH BT. BAHARUDIN

LUJNAH DAKWAH ISLAMIC OUTREACH (DIO)
AKMAL FARHAN B. AZIZ
ILI FARHANA BT ABDULL RAHIM

LUJNAH MUSOLLA
MUHAMMAD TAJUL AZHAM B. ABDULLAH
NURUL HAZIRA BT. AZRAI
NOR HAZLEEN BT.JAMIL

LUJNAH INTEGRASI & PERPADUAN (I&P)
IZZUL ZUNNURAIN B. DARUSAMIN
DURAR ASHIKIN BT ZULKIFLI

LUJNAH KEBAJIKAN
MUHAMMAD HADI ZULFADLI B. PANGAT
NORLELA BT. MOHD ALI

LUJNAH PENERBITAN & PUBLISITI (P&P)

ILHAM HAFIFI B. ISHAMMUDIN
BALQIS ATHIRAH BT. BADIUZAMAN

LUJNAH EKONOMI
NURADZLY B. KAMARUZAN
NOOR FAZREEN BT. MOHD ZUMRI

"Lestarikan Diri Ke Arah Islam Hakiki"

Monday, 23 February 2009

KURSUS PRA PERKAHWINAN PERDANA UNITEN 2009 DAN FORUM KEKELUARGAAN AYAT-AYAT CINTA

PPI dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Agama Islam Uniten dan Pejabat Agama Daerah Muadzam Shah telah menganjurkan Program Kursus Pra Perkahwinan Perdana Uniten 2009 pada 21-22 Februari 2009. Seramai 211 orang yang terdiri daripada pelajar, kakitangan Uniten dan penduduk sekitar Muadzam telah menyertai kursus ini.

Pada malam 21 Februari 2009, telah diadakan pula Forum Kekeluargaan Ayat-ayat Cinta. Ahli panel jemputan terdiri daripada Ustaz Haji Mohd Ridhuan Tee Bin Abdullah dan Ustaz Badli Shah Bin Alauddin. Kedua-dua ahli panel ini merupakan pendakwah bebas yang tidak asing lagi dalam bidang motivasi dan dakwah agama. Pada program ini juga, saudari Sharifah Khasif Fadzilah Bin Syed Mohd Badiuzzaman, naib johan Tilawah Al Quran Peringkat Antarabangsa 2008 dan Finalis Akademi Al Quran, turut diundang sebagai tetamu jemputan bagi memperdengarkan bacaan suci ayat-ayat Al-Quran.

Forum Kekeluargaan Ayat-ayat Cinta turut dihadiri jemputan luar seperti peserta kem PLKN, pelajar-pelajar sekolah sekitar Muadzam Shah dan penduduk Muadzam Shah.

Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan lagi pada masa hadapan dengan susunan atucara majlis yang lebih sempurna. Secara tidak langsungnya, pihak PPI dan Uniten juga dapat meneruskan kerjasama yang lebih erat dengan pihak Jabatan Agama Daerah Muadzam Shah, Pahang.

Friday, 13 February 2009

PROGRAM IFTAR JAMAI’E

Pada 12 Februari 2009, Lujnah DIO telah menganjurkan program Iftar Jamai’e bertempat di PIIK. Program ini merupakan program berpuasa sunat beramai-ramai dan majlis berbuka puasa telah diadakan.

Program ini bertujuan untuk melatih diri para pelajar berpuasa sunat dan bersabar menghadapi dugaan. Program ini melibatkan saf pimpinan, AJK PPI dan ahli SG. Antara bentuk pengisian yang dijalankan ialah berbuka puasa beramai-ramai, solat Maghrib, Solat Hajat dan solat Isyak berjemaah dan juga bacaan Yaa Sin.

Program ini mendapat maklum balas yang positif daripada pelajar-pelajar UNITEN. Setinggi-tinggi penghargaan diberikan kepada pihak caterer yang sudi memberikan sumbangan.

Tuesday, 27 January 2009

KEMBARA ILMU FALAK SYAR’I 2009

Pada 25-26 Januari 2009, PPi telah mengadakan lawatan ke Kompleks Falak Al-Khawarizmi di Tanjung Bidara, Melaka. Program ini melibatkan 38 ahli PPI yang terdiri daripada saf pimpinan, AJK dan ahli SG. Lawatan ini telah diiringi oleh Ustaz Mohd Ridzuan Bin Mhd Zolkafli, Pembantu Tadbir Agama UNITEN.

Selain itu, program ini juga melibatkan para pelajar daripada universiti-universiti yang lain iaitu Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), dan Unversiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada mahasiswa mengenai ilmu falak. Disamping itu juga, para peserta dapat membina ukhwah yang lebih erat antara satu sama lain.

Pada hari pertama di sana, para peserta telah diperkenalkan mengenai Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan Persatuan Falak Malaysia. Para peserta juga telah berpeluang untuk mengendalikan dan melihat teleskop robotik yang tercanggih di Malaysia.

Para peserta juga telah diberi peluang untuk melakukan cerapan gerhana matahari. Para peserta juga sempat menunaikan solat sunat gerhana secara berjemaah.

Sesungguhnya program ini memberikan pengalaman yang baru dan menarik kepada ahli PPI serta dapat menjalinkan hubungan erat antara UNITEN dan universiti yang lain.

Sunday, 25 January 2009

Smart Solat KIDS

Lujnah Kebajikan Persatuan Pengajian Islam telah menganjurkan Program Smart Solat Kid’s pada 24 Januari 2009. Program ini telah diadakan di Masjid Al-Muadzam Shah, Pahang. Seramai 60 orang pelajar sekolah rendah sekitar Muadzam Shah telah menyertai program ini.

Tujuan program ini adalah untuk mempertingkatkan teknik-teknik solat yang betul dalam kalangan pelajar sekolah rendah. Dalam pada itu, para peserta juga telah diajar teknik-teknik bacaan Al Quran yang betul untuk dipraktikkan ketika bersolat. Pelajar-pelajar ini juga telah didedahkan cara bekerja dalam kumpulan melalui latihan dalam kumpulan yang telah dijalankan.

Program sehari ini telah mengeratkan hubungan antara PPI, pihak pengurusan Masjid Al-Muadzam Shah dan pihak sekolah. Dalam program ini, ahli-ahli PPI telah bertindak sebagai fasilitator kepada para peserta. Program ini telah dikendalikan oleh Ustaz Mohd Zafri Saman, Guru Agama Sekolah Al Hasaniah, Keratong.

Program ini telah tamat pada pukul 5.00 petang dan telah mendapat komen yang positif dari pihak sekolah dan ibu bapa. Diharapkan program seperti ini dapat diteruskan dnegan pengisian dan promosi yang lebih baik.

Friday, 23 January 2009

PROGRAM PEDULI PALESTIN

Lujnah DIO dan Lujnah P&P telah menganjurkan program Peduli Palestin. Program ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada mahasiswa dan kakitangan UNITEN tentang keperitan hidup penduduk di Gaza akibat ancaman perang yang dilakukan oleh pihak Israel.

Pada 19-22 Januari 2009 pihak jawatankuasa telah membuka booth di Blok Akademik AA. Di sana, satu pameran menandatangani Perang di Gaza ini telah diadakan . Dalam pada itu, jualan amal dan kutipan derma turut dijalankan.

Program Peduli Palestin ini diteruskan lagi dengan program berbentuk forum, yang telah diadakan pada 14 Februari 2009, jam 8.00 malam di Auditorium Utama UNITEN KSHAS. Ahli-ahli panelnya terdiri daripada Ustaz Annuar Awang Idris, pensyarah UNITEN KSHAS, dan anggota dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIA). Hasil daripada program ini, pihak jawatankuasa berjaya mengumpul dana sekitar RM 2000.

Pihak PPI telah mengambil inisiatif untuk bekerjasama dengan Ustaz Anuar bagi meneruskan program ini. Ustaz Anuar telah memberi keizinan kepada PPI untuk mendapatkan satu slot daripada program beliau.

Diharapkan agar program seumpama ini dapat dijalankan dengan lebih terbuka di UNITEN KSHAS bagi meneruskan perjuangan dakwah ke jalan Allah.

Monday, 19 January 2009

PROGRAM MOTIVASI PELAJAR CEMERLANG UPSR 2009

Pada 17-18 Januari 2009, satu program motivasi telah dianjurkan melalui kerjasama Puan Salina, pensyarah UNITEN KSHAS, PPI dan juga Persatuan Rakan Sebaya (PRS). Program ini telah diadakan di Dewan Ilmu dan Auditorium Utama UNITEN KSHAS.

Objektif program ini ialah untuk membina jati diri dan membentuk akhlak pelajar-pelajar. Selain daripada itu, program ini juga dapat merapatkan hubungan antara pelajar dan ibu bapa.

Program ini telah melibatkan pelajar-pelajar Tahun 5 dan 6 Sek. Keb. Bukit Ridan dan para ibu bapa. Ahli-ahli PPI dan PRS telah bertindak sebagai fasilitator bagi pelajar-pelajar. Antara bentuk pengisian yang dijalankan ialah ceramah motivasi, solat berjemaah dan latihan dalam kumpulan.

Namun begitu, pada akhir sesi program ini, para pelajar ada menunjukkan rasa ingin berubah ke arah yang lebih baik. Majlis diakhiri dengan bacaan ikrar oleh pelajar-pelajar.

Sunday, 18 January 2009

PROGRAM GATHERING THE 2ND

Lujnah T&K telah menganjurkan program Gathering the 2nd sebagai kesinambungan daripada program 1st Gathering PPI yang telah diadakan pada semester 1 tahun pengajian 08/09. Program Gathering the 2nd ini telah diadakan pada 16 sehingga 17 Januari 2009 bertempat di PIIK dan juga di Kompleks Sukan Muadzam Shah.

Antara aktiviti2 program ini ialah qiamullail, sukaneka dan tazkirah. Program ini melibatkan saf pimpinan PPI, AJK PPI dan juga ahli-ahli SG.

Lokasi pelawat