Jalinan ukhwah

Friday, 26 October 2012

Indahnya Hari Raya Aidiladha! :)

Untuk mengetahui Sejarah Qurban lebih lanjut, boleh klik gambar di bawah. :) Post yang menarik.
 
 



















Info dipetik daripada penulis Pengerusi Multaqa Asatizah dan Du’at (MURSHID)

Tuesday, 25 September 2012

Aurat Wanita

Doodles credit to http://nurdaniub.blogspot.com


Berminat untuk mendapatkan inner tudung bawal kami? Boleh pm/inbox kami di page PPI KSHAS:) Limited pieces. Sama-sama kita menjaga aurat kita ya, kami di sini sedia membantu.

Saturday, 22 September 2012

Aurat dan pergaulan

Pernahkah kita terfikir tentang aurat serta halal haram bersentuhan antara lelaki dan perempuan dalam Islam? Mungkin ada sesetengah masyarakat kita kurang prihatin dan tumpuan tentang akidah ini. Pendedahan aurat serta bersentuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan ajnabi (asing. bukan suami/isteri serta mahramnya) adalah haram bersentuhan tetapi dibolehkan jika menutup aurat dan beralas disisi Islam. Disini, saya paparkan gambar agar kita semua mudah fahami dan pelajari tentang akidah menutup aurat serta bersentuhan dalam Islam:

Mahram bagi perempuan:

 
 Mahram bagi lelaki:



Terdapat dalil menerangkan mengenai aurat;

"dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir darinya. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher baju mereka dengan tudung kepala mereka".

(Surah an-Nur; 31)

"Suatu hari, Asma', iaitu anak Abu Bakar masuk untuk berjumpa Nabi s.a.w. Kebetulan ketika itu, dia memakai pakaian yang nipis (yang menampakkan bayangan kulitnya). Nabi s.a.w. lalu memalingkan pandangan darinya sambil bersabda (maksudnya): "Wahai Asma', seorang wanita apabila telah datang haidh (yakni telah sampai umur baligh) tidak harus dilihat dari badannya melainkan ini dan ini sahaja", sambil baginda menunjukkan kepada muka dan dua tangannya"

(Hadis Riwayat Imam Abu Daud)

Oleh itu, kita sebagai golongan terpelajar haruslah mengikut contoh dan teladan yang baik. Islam telah menggariskan penutupan aurat dan pergaulan yang terbaik untuk ummatnya. Kita tidak seharusnya mengikut arus kemodenan yang menjurus kearah kejahilan yang boleh membawa kepada kemurkaan Allah seterusnya mencampakkan diri ke dalam neraka yang tersiksa. Ingatlah wahai rakan-rakan sekalian. Etika pemakaian dan batas-batas pergaulan haruslah dijaga agar dapat mengelakkan kemurkaan Allah disamping menjaga harga dan maruah diri.

Thursday, 20 September 2012

Muktamar Sanawi ke 10



Muktamar Sanawi bermaksud mesyuarat agung tahunan sesebuah organisasi atau pertubuhan. Pada hari Isnin, 13 Ogos 2012 bersamaan 25 Syaaban 1433, Persatuan Pengajian Islam (PPI) UNITEN KSHAS telah mengadakan satu Majlis Muktamar Sanawi untuk kali yang ke 10. Ini bermakna, PPI telah bertapak di bawah UNITEN KSHAS selama 10 tahun.

Majlis Muktamar Sanawi PPI ini telah berlangsung dengan rasminya. Majlis ini bertujuan untuk membincangkan tentang isu-isu persatuan, perjumpaan sesama ahli, dan pembubaran jawatankuasa lama serta perlantikan jawatan kuasa baru untuk tahun 2012-2013.

Kini, saf pimpinan pada tahun 2011-2012 yang dipimpin oleh Mohd Syazelin bin Mustapha telah diganti dengan saf pimpinan yang baru untuk tahun 2012-2013 dan dipimpin oleh presiden yang baru iaitu Nursyazri Hilman bin Salleh. Semoga saf pimpinan baru kali ini akan lebih berinteraktif dan berinovasi dalam memikul tanggungjawab yang diberikan dan semoga mendapat hidayah dan keredhaan daripada Allah swt dalam menjalankan tugas dakwah kepada masyarakat.

Dibawah ada diupload gambar sewaktu Majlis Muktamar Sanawi PPI kali ke 10 berlangsung:















Santau

Santau adalah satu perbuatan terkutuk yang dilakukan oleh seorang manusia kepada manusia yang lain bertujuan untuk menyakiti dan dengan menggunakan pertolongan dari Jin atau syaitan. Ilmu santau adalah salah satu Ilmu hitam dan ia digunakan dengan dua cara iaitu melalui angin dan fizikal. Perbuatan ini sering berlaku dikalangan masyarakat kita yang lazimnya beragama Islam. Perbuatan santau adalah bersimpang dan salah disisi agama Islam.

Kita sebagai umat Islam yang diciptakan oleh Allah swt sebagai sebaik-baik makhluk tidak seharusnya menggunakan perbuatan terkutuk ini. Setiap permasalahan sesama umat haruslah diselesaikan mengikut adat agama dan toleransi. Islam amat mengutuk keras perbuatan ini kerana ia bercanggah dengan sifat sebagai manusia yang diciptakan untuk saling menyayangi dan disayangi sebaliknya bukan disakiti. Sesungguhnya Allah swt melaknat orang yang menggunakan santau dan orang yang terlibat dalam ilmu santau. Antara dalil yang boleh kita gunakan dengan perbuatan santau adalah dari Surah Al-Baqarah ayat 102;

وَاتَّبَعُواْ مَا تَتْلُواْ الشَّيَاطِينُ عَلَى مُلْكِ سُلَيْمَانَ وَمَا كَفَرَ سُلَيْمَانُ وَلَـكِنَّ الشَّيْاطِينَ كَفَرُواْ يُعَلِّمُونَ النَّاسَ السِّحْرَ وَمَا أُنزِلَ عَلَى الْمَلَكَيْنِ بِبَابِلَ هَارُوتَ وَمَارُوتَ وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولاَ إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلاَ تَكْفُرْ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْهُمَا مَا يُفَرِّقُونَ بِهِ بَيْنَ الْمَرْءِ وَزَوْجِهِ وَمَا هُم بِضَآرِّينَ بِهِ مِنْ أَحَدٍ إِلاَّ بِإِذْنِ اللّهِ وَيَتَعَلَّمُونَ مَا يَضُرُّهُمْ وَلاَ يَنفَعُهُمْ وَلَقَدْ عَلِمُواْ لَمَنِ اشْتَرَاهُ مَا لَهُ فِي الآخِرَةِ مِنْ خَلاَقٍ وَلَبِئْسَ مَا شَرَوْاْ بِهِ أَنفُسَهُمْ لَوْ كَانُواْ يَعْلَمُونَ

Maksudnya:
Dan mereka mengikuti apa yang dibaca oleh syaitan-syaitan pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (tidak mengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). Mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: "Sesungguhnya kami hanya cobaan (bagimu), sebab itu jangnalah kamu kafir". Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya . Dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. Dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, sesungguhnya mereka telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui “.

Jadi, kita sebagai insan yang terpelajar seharusnya meninggalkan perbuatan terkutuk santau ini. Meminta sesuatu pertolongan adalah dengan memohon kepada Allah swt dan bkn daripada jin atau syaitan yang dilaknat Allah swt. Seorang yang berintelektual tidak sepatutnya mudah terjerumus dan tenggelam didalam lembah yang dimurkai Allah swt ini.


 

Friday, 24 August 2012

Godaan Syaitan saat sakaratul maut


Sebut saja Iblis atau syaitan, pasti semua tahu dan kenal dengan perangai makhluk ciptaan Allah swt yang ingkar akan arahan Allah swt ini. Mereka telah bersumpah akan mengganggu dan memperdaya manusia sehingga ke hari kiamat.

Mereka akan mula melakukan kejahatan dengan menyesatkan manusia bermula dengan terjadinya dari setitik mani sehinggalah ke akhir hayat manusia itu. Disaat akhir manusia atau saat sakaratul maut juga turut digoda dan diganggu. Hadith Rasulullah saw menerangkan bermaksud; “Ya Allah.. aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan Syaitan di waktu maut”.

Sewaktu sakaratul maut, syaitan memperdaya manusia disaat akhir dengan terbahaginya kepada 7 rombongan. Mereka akan datang secara berkumpulan. Antara peringkat 7 rombongan tersebut adalah:

Rombongan 1;

Datangnya banyak Syaitan dengan berbagai-bagai jenis rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain seperti makanan dan minuman yang lazat-lazat serta menyelerakan. Sekiranya manusia yang sedang dalam sakaratul maut itu dimasa hidupnya adalah seorang yang tamak dan taksub kepada kekayaan dunia, maka diraba dan disentuhnya barangan Syaitan itu. Disaat itu, nyawanya putus dari tubuh dan matinya adalah mati dalam kelalaian dan lupa kepada Allah swt. Mati sebegini digelar mati jenis fasik dan munafik dan nerakalah tempatnya.

Rombongan 2;

Akan datang Syaitan kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah swt, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.

Rombongan 3;

Akan datang Syaitan mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi). Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah swt. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.

Rombongan 4;

Akan datang Syaitan merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya.

Rombongan 5;

Akan datang Syaitan merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperti ayah dan ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Syaitan berkata dengan rayu-merayu; “Wahai anakku, inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.

Rombongan 6;

Akan datanglah Syaitan merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia; “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu”. Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Syaitan yang menyerupai ulamak dengan berkata; “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”

Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.”

Berkata ulamak Syaitan: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi. Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah swt. hendaklah kamu patuh kepada kami”.

Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Syaitan bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu;

“Bagaimanakah Zat Allah?” Syaitan merasa gembira apabila jeratnya mengena.
Lalu berkata ulamak palsu; “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu”.

Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.
Berkata Syaitan: “Itulah dia Zat Allah yang patut kita sembah”.

Berkata orang yang dalam sakaratul maut: “Wahai guruku, bukankah ini benda yang benar-benar besar, tetapi benda ini mempunyai jihat enam, iaitu benda besar ini ada di kirinya dan kanannya, mempunyai atas dan bawahnya, mempunyai depan dan belakangnya. Sedangkan Zat Allah tidak menyerupai makhluk, sempurna Maha Suci Dia dari sebarang sifat kekurangan. Tapi sekarang ini lain pula keadaannya dari yang di ketahui dahulu. Tapi sekarang yang patut aku sembah ialah benda yang besar ini”. Dalam keraguan itu maka Malaikat Maut pun datang dan terus mencabut nyawanya, maka matilah orang itu di dalam keadaan dikatakan kafir dan kekal di dalam neraka dan terhapuslah segala amalan baik selama hidupnya di dunia ini.

Rombongan 7;

Rombongan Syaitan yang ketujuh ini Syaitan terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad s.a.w. bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat.

Ketahuilah bahawa Syaitan itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu kelainan di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan sebutan “Laa Ilaaha Illallah” untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Syaitan dan Iblis yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut.

Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”


Raya!

Sempena dihari raya yang mulia ini, walaupun kini sudah raya ke 6, ana rasa bahawa masih belum terlambat untuk ana memberikan sepatah ucapan raya. Ana selaku wakil dari PPI UNITEN KSHAS dengan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Semoga syawal kali ini memberikan seribu makna dan pengertian dalam hidup kita.

Thursday, 16 August 2012

Fasa perubahan jasad dalam kubur

Mayat adalah jasad manusia sesudah mati. Apa yang akan terjadi kepada jasad manusia setelah meninggal dunia? Beberapa fasa perubahan pada jasad boleh dibaca dibawah:

Pada malam pertama kematian:
Anggota jasad yang mula membusuk adalah perut dan kemaluan. Perut dan kemaluan adalah perkara yang mudah untuk manusia melakukan maksiat dan dosa di atas muka bumi ini. Perut dan kemaluan perlulah dijaga dengan baik dan perlulah dielakkan memakan makanan yang haram dan berzina sewaktu hidup di dunia ini. Dua anggota inilah yang akan mula membusuk didalam kubur nanti.

Kemudian, jasad mula berubah warna menjadi hijau kehitaman. Walau didunia ini pelbagai make-up dan alat-alat kecantikan diguna agar nampak mempersonakan, akhirnya tetap mempunyai satu warna sahaja dan sangatlah hodoh.

Pada malam kedua kematian:
Anggota-anggota dalaman jasad seperti limpa, hati, dan paru-paru mulai membengkak dan membusuk.

Pada malam ketiga kematian:
Seluruh anggota jasad menjadi busuk yang lebih busuk dari bangkai haiwan.

7 hari kematian:
Anggota wajah seperti mata, mulut dan pipi akan mula membengkak. Rupa yang cantik dan menawan didunia sudah tiada lagi. Oleh kerana itu dikatakan bahawa kecantikan itu hanya sementara dan pinjaman didunia ini sahaja. Jadi, jagalah kurniaan Allah swt itu dengan baik.

10 hari kematian:
Anggota-anggota jasad lebih mengeluarkan bau busuk, membengkak dan mulai mereput.

14 hari kematian:
Rambut pada jasad mulai gugur.

15 hari kematian:
Bau anggota-anggota jasad sangat busuk pada hari ke 15. Anggaran bau busuk jasad pada hari ke 15 ini ialah, seekor lalat boleh menghidu baunya dari jarak 5 km. Ulat-ulat mulai menutupi dan memenuhi seluruh jasad mayat itu. Mayat makin mereput.

6 bulan kematian:
Jasad yang penuh dengan berbagai jenis organ kini tinggal rangka tulang sahaja. Keseluruhan anggota-anggota jasad mereput dengan sempurna.

25 tahun kematian:
Rangka tulang jasad kemudiannya bertukar menjadi seperti "biji" dan didalamnya biji tersebut terdapat satu tulang yang sangat kecil disebut 'ajbudz dzanab' iaitu tulang ekor. Dari tulang inilah kita akan dibangkitkan oleh Allah swt di Padang Mahsyar nanti.


Inilah tubuh yang kita sering jaga. Inilah tubuh yang dikurniakan Allah swt kepada kita sebagai manusia. Tubuh yang dikurniakan Allah swt ini mnjadi penentu samada digunakan oleh manusia untuk sesuatu yang baik atau digunakan untuk sesuatu yang tidak baik. Jadi, jasad yang dikurniakan oleh Allah swt yang hebat ini perlulah digunakan dijalan yang baik.

Tuesday, 14 August 2012

Apa itu Al-Wadood?


Al-Wadood merupakan salah satu dari nama-nama Allah yang bermaksud berkasih sayang. sebegitu indah, sebegitu cantik, dan sebegitu hebat nama Allah ini. Al-Wadood sememangnya sifat terbesar Allah. Buktinya, Allah swt sangat menyayangi hamba-hambanya iaitu kita semua. jadi sayangilah Allah kerana nescaya banyak syafaat dan manfaat jika menyayangi Allah.

Walau seburuk mana manusia itu, walau seteruk mana manusia itu, walau sejahil mana manusia itu, Allah swt tetap menyayanginya yakni menyayangi seluruh manusia tidak mengira apa-apa ciri sekalipun. Oleh itu, kita sebagai manusia haruslah "MENCINTAI ALLAH" kerana Allah sangat mencintai dan menyayangi kita. ^__^


Monday, 13 February 2012

KESUCIAN AIR MUSTA'MAL

Apa Itu Air Musta'mal?

Secara asalnya, air itu adalah suci lagi menyucikan dengan merujuk kepada air muthlaq. Sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta’ala, “Dan Kami turunkan air yang suci dari langit.” (Surah al-Furqon, 25: 48) Begitu juga dalil hadis tentang sucinya air laut sebagaimana kata Rasulullah apabila ditanya oleh para sahabat sama ada boleh berwudhu’ dengan air laut tidak, maka Rasulullah menjawab:


هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ الْحِلُّ مَيْتَتُهُ


“Ianya suci dan bangkainya halal dimakan.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 1/117, no. 64. Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Kemudian terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan kesucian air yang telah disentuh oleh tangan, yang telah digunakan untuk menyucikan hadas, atau yang telah terkena najis. Perbahasan ini akan masuk ke dalam perbahasan seterusnya iaitu pembahagian jenis-jenis air. Dan salah satu jenisnya adalah air musta’mal.

Sebahagian pandangan menyatakan air musta’mal adalah air yang kuantitinya kurang dari dua qullah yang telah disentuh oleh anggota badan atau yang telah digunakan untuk menyucikan hadas, sama ada untuk wudhu’ atau mandi wajib. Sebahagian pandangan lagi mengemukakan air musta’mal adalah air yang kurang dari dua qullah yang telah digunakan untuk menyucikan hadas pada basuhan yang pertama.

Kuantiti ukuran dengan unit qullah ini juga turut diperselisihkan di kalangan para ulama. Secara umumnya, air yag kurang dari 2 qullah adalah air yang kurang dari isipadu 216 liter.

Hukum air musta’mal juga turut diperselisihkan, ada yang menyatakan bahawa air musta’mal ini suci tetapi tidak menyucikan. Ada yang mengemukakan bahawa air musta’mal ini tidak menyucikan hadas mahupun najis. Manakala sebahagian lagi mengemukakan air musta’mal ini suci lagi menyucikan. (lihat: Ibnu Qudamah, al-Mughni, 1/29-30)

Perincian perbahasan perbezaan pandangan tentang hukum air musta’mal ini boleh disemak dari banyak kitab-kitab fiqh muktabar yang antaranya seperti al-Umm oleh Imam asy-Syafi’i, al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab oleh Imam an-Nawawi, al-Mughni oleh Ibnu Qudamah, Fathul Bari oleh Ibnu Hajar al-‘Asqalani, ‘Aunul Ma’bud oleh al-Adzim Abadi, Subulus Salam oleh ash-Shan’ani, dan termasuk juga kitab-kitab fiqh kontemporari seperti Shahih Fiqhus Sunnah oleh Abu Malik Kamal.

Apa Dalil-dalilnya?

Setelah meneliti beberapa pandangan, penulis lebih cenderung terhadap pendapat yang menyatakan air musta’mal adalah suci dan menyucikan selagi mana sifat air tersebut tidak berubah dari konsteks rasa, warna, atau bau dan padanya tidak bercampur dengan najis.

Pendapat ini dikuatkan dengan dalil-dalil yang banyak sebagai pedoman. Antaranya adalah sebagaimana hadis berikut:


أَنَّ حُمْرَانَ مَوْلَى عُثْمَانَ أَخْبَرَهُ أَنَّهُ رَأَى عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ

دَعَا بِإِنَاءٍ فَأَفْرَغَ عَلَى كَفَّيْهِ ثَلَاثَ مِرَارٍ فَغَسَلَهُمَا ثُمَّ أَدْخَلَ يَمِينَهُ فِي الْإِنَاءِ فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا وَيَدَيْهِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ ثَلَاثَ مِرَارٍ ثُمَّ مَسَحَ بِرَأْسِهِ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ ثَلَاثَ مِرَارٍ إِلَى الْكَعْبَيْنِ ثُمَّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَوَضَّأَ نَحْوَ وُضُوئِي هَذَا ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ لَا يُحَدِّثُ فِيهِمَا نَفْسَهُ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ


Bahawasanya Humran – bekas hamba kepada ‘Utsman (B. ‘Affan) mengkhabarkan - bahawa ia telah melihat ‘Utsman B. ‘Affan minta untuk diambilkan sebuah bekas (berisi air). Kemudian beliau menuangkan pada tapak tangannya tiga kali lalu membasuh keduanya. Kemudian beliau memasukkan tangan kanannya ke dalam bekas tersebut (mencedok air) lalu berkumur-kumur dan memasukkan air ke dalam hidung, kemudian membasuh mukanya tiga kali, kemudian membasuh kedua tangannya sehingga ke siku tiga kali, kemudian mengusap kepala, kemudian membasuh kedua kakinya tiga kali hingga ke kedua mata kakinya.

Setelah itu beliau berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesiapa berwudhu’ seperti wudhu’ku ini, kemudian dia solat dua rakaat dan tidak berbicara di antara keduanya, maka dosanya yang telah lalu akan diampunkan.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1/277, no. 155)

Abu Juhaifah radhiyallahu ‘anhu berkata:


خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْهَاجِرَةِ فَأُتِيَ بِوَضُوءٍ فَتَوَضَّأَ فَجَعَلَ النَّاسُ يَأْخُذُونَ مِنْ فَضْلِ وَضُوئِهِ فَيَتَمَسَّحُونَ بِهِ


“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah keluar bersama-sama kami ketika waktu tengah hari, lalu dibawakan air kepada beliau untuk berwudhu’, dan beliau pun berwudhu’ dengannya. Kemudian para sahabat mengambil sisa-sisa air wudhu’ beliau, lalu mengusapkan (berwudhu’) dengannya.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1/319, no. 181)

Imam al-Bukhari rahimahullah meletakkan hadis ini dalam bab, “Menggunakan Sisa Wudhu’ Orang Lain.”

Kata al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H), “Dari hadis ini, dapat difahami bahawa air sisa wudhu’ tersebut adalah air yang mengalir dari anggota wudhu’ Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.” Kemudian beliau menyimpulkan, “Maka ini adalah dalil yang jelas bahawa air musta’mal adalah air yang suci (untuk mengangkat hadas).” (Fathul Bari, 1/295)

Dalam hadis yang lain:


عَبْدِ الله بْنِ زَيْدٍ سُئِلَ عَنْ وُضُوءِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم، فَدَعَا بِتَوْرٍ مِنْ مَاءٍ، فَتَوَضَّأَ لَهُمْ وُضُوءَ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم، فَأَكْفَأَ عَلَى يَدِهِ مِنَ التَّوْرِ، فَغَسَلَ يَدَيْهِ ثَلاَثًا، ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فِي التَّوْرِ، فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ، وَاسْتَنْثَرَ بِثَلاَثِ غَرَفَاتٍ، ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ ثَلاَثًا


“‘Abdullah B. Zaid pernah ditanya tentang wudhu’nya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Lalu beliau minta diambilkan satu gayung air, beliau pun memperlihatkan kepada mereka cara wudhu’ Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Beliau menuangkan air dari gayung ke telapak tangannya lalu mencucinya tiga kali, kemudian memasukkan tangannya ke dalam bekas mengambil air, beliau berkumur-kumur serta memasukkan air ke dalam hidung dengan air yang sama sebanyak tiga kali, kemudian memasukkan tangannya ke dalam bekas mengambil air lalu membasuh mukanya tiga kali dengan air yang sama... (sehingga selesai).” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1/317, no. 180)

Hadis ini menunjukkan dengan air yang sama boleh digunakan untuk tiga kali pengulangan penyucian bagi setiap anggota wudhu’. Dan bolehnya mencelupkan tangan ke dalam air di dalam bekas untuk berwudhu’.

Imam Ibnu al-Mundzir rahimahullah menyatakan:


وروى عن علي وابن عمر وأبي امامه وعطاء والحسن ومكحول والنخعي انهم قالوا فيمن نسى مسح رأسه فوجد في لحيته بللا يكفيه مسحه بذلك البلل: قال ابن المنذر وهذا يدل على أنهم يرون المستعمل مطهرا قال وبه أقول


Diriwayatkan daripada ‘Ali, Ibnu ‘Umar, Abu Umamah, ‘Atha’, al-Hasan, Makhul, dan an-Nakha’i, bahawasannya mereka berkata:

“Sesiapa yang lupa membasuh kepalanya (ketika berwudhu’) kemudian ia mendapati ada air yang membasahi janggutnya, maka cukuplah ia membasuh kepalanya dengan air tersebut.” Beliau (Ibnu al-Mundzir) berkata lagi:

“Ini menunjukkan bahawa mereka menetapkan air musta’mal itu adalah menyucikan. Dan dengan pendapat inilah aku berpegang.” (al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab, 1/153)

Hadis berikut juga menjadi dalil sucinya air musta’mal:

(Ketika berhenti dalam satu perjalanan) Abu Juhaifah menceritakan:


وَرَأَيْتُ بِلَالًا أَخْرَجَ وَضُوءًا فَرَأَيْتُ النَّاسَ يَبْتَدِرُونَ ذَلِكَ الْوَضُوءَ فَمَنْ أَصَابَ مِنْهُ شَيْئًا تَمَسَّحَ بِهِ وَمَنْ لَمْ يُصِبْ مِنْهُ أَخَذَ مِنْ بَلَلِ يَدِ صَاحِبِهِ


“Aku melihat Bilal mengeluarkan air wudhu’, lalu aku melihat orang-orang bersegera mendatangi air wudhu’ tersebut. Maka siapa yang mendapat sedikit darinya, ia pun berwudhu’ dengannya, dan sesiapa yang tidak mendapatnya maka mereka mengambil air tersebut dari basahan tangan sahabatnya yang lain.” (Hadis Riwayat Muslim, 3/68, no. 778)

Seterusnya, hadis daripada ar-Rubayyi’. Beliau berkata:


أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَسَحَ بِرَأْسِهِ مِنْ فَضْلِ مَاءٍ كَانَ فِي يَدِهِ


“Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengusap kepalanya dari sisa air wudhu’ yang di tangannya.” (Hadis Riwayat Abu Daud, 1/162, no. 111. Bab: Sifat Wudhu’ Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dinilai hasan oleh al-Albani)

Hadis ini dengan jelas menunjukkan bahawa air sisa wudhu’ pada satu anggota boleh dimanfaatkan untuk menyucikan bahagian anggota wudhu’ yang lainnya pula.

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah (Wafat: 728H) mengatakan, “Air musta’mal yang digunakan untuk menyucikan hadas tetap dianggap sebagai suci.” (Majmu’ al-Fatawa, 20/519)

Wallahu a’lam, dari sini menunjukkan bahawa air musta’mal itu adalah suci secara umumnya. Malah banyak lagi hadis-hadis lainnya yang menguatkan perkara ini.

Hadis Yang Diperselisihkan

Kemudian para ulama berselisih sama ada lelaki boleh bersuci menggunakan sisa air wanita atau pun tidak. Demikian juga sebaliknya sama ada wanita boleh bersuci menggunakan sisa air lelaki atau pun tidak. Di antara hadis yang diperselisihkan adalah sebagaimana dalam Riwayat Abu Daud:


نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تَغْتَسِلَ الْمَرْأَةُ بِفَضْلِ الرَّجُلِ أَوْ يَغْتَسِلَ الرَّجُلُ بِفَضْلِ الْمَرْأَةِ زَادَ مُسَدَّدٌ وَلْيَغْتَرِفَا جَمِيعًا


“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang wanita mandi menggunakan sisa air seorang lelaki, atau seorang lelaki mandi menggunakan sisa air wanita.” Musaddad (perawi) menambah, “Masing-masing perlu mengambil (menyedok) air sendiri-sendiri secara bersama.” (Sunan Abi Daud, 1/115, no. 74. Dinilai sahih oleh al-Albani)

Juga dalam Riwayat Abu Daud:


أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَى أَنْ يَتَوَضَّأَ الرَّجُلُ بِفَضْلِ طَهُورِ الْمَرْأَةِ


“Bahawsanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melarang seorang lelaki berwudhu’ menggunakan air sisa seorang wanita.” (Sunan Abi Daud, 1/116, no. 75. Hadis ini diperselisihkan kesahihannya)

Hadis ini menimbulkan beberapa kesimpulan pandangan yang saling berbeza dari kalangan ulama sama ada dari kalangan sahabat, tabi’in, atau setelah mereka.

Dari itu, sebahagian ulama telah berusaha melakukan usaha menjama’kan (kompromi) di antara dalil-dalil tersebut. Dan hasilnya membuahkan beberapa kesimpulan pandangan.

Pandangan yang pertama mengatakan, “Boleh berwudhu’ dengan air sisa tersebut. Ini adalah pendapat majoriti ulama. Mereka beralasan dengan apa yang diriwayatkan oleh Muslim dalam Shahihnya dari Ibnu ‘Abbas bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mandi dengan menggunakan air sisa mandian isterinya Maimunah. Manakala dalam kitab Sunan yang empat dari Ibnu ‘Abbas pula menjelaskan seorang wanita dari kalangan isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mandi kerana junub, lalu Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam datang dan berwudhu’ dengan air sisanya. Isteri beliau tersebut pun berkata, “Aku telah mandi dengan air tersebut.” Maka beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Sebenarnya air tersebut tidak menjadi najis dengan sesuatu pun.” Dalam riwayat yang lain, “Air tersebut tidak berjunub.” (Aunul Ma’bud, 1/151- al-Maktabah as-Salafiyah)

Juga sebagaimana hadis daripada ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha:


كُنْتُ أَغْتَسِلُ أَنَا وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ إِنَاءٍ وَاحِدٍ كِلَانَا جُنُبٌ


“Aku pernah mandi bersama-sama Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dari satu bekas, dan ketika itu kami sedang dalam keadaan junub.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, 1/499, no. 290)

Pandangan kedua mengatakan, “Larangan tersebut merujuk kepada air yang jatuh atau menitik dari anggota wudhu’ atau mandi (ketika mengangkat hadas), manakala hadis-hadis yang membolehkan tersebut adalah merujuk kepada air yang masih tersisa di dalam bekas.” (lihat: al-Majmu’ Syarah al-Muhadzdzab, 1/153. Fathul Bari, 1/300. ‘Aunul Ma’bud, 1/151. Shahih Fiqhus Sunnah, 1/107)

Manakala pandangan yang ketiga pula mengatakan, “Larangan dalam hadis tersebut hanya merujuk kepada hukum makruh(tanzih), dan wudhu’ atau mandinya adalah sah dengan air sisa tersebut.” (lihat: Fathul Bari, 1/300. Aunul Ma’bud, 1/151- al-Maktabah as-Salafiyah, Shahih Fiqhus Sunnah, 1/107)

Wallahu a’lam, padangan yang pertengahan adalah pandangan ketiga ini. Iaitu makruh bagi lelaki menggunakan sisa air wudhu' atau air mandi wanita. Demikian juga sebaliknya, makruh bagi seorang wanita menggunakan sisa air wudhu' atau air mandi lelaki.

Walau bagaimanapun, pilihlah mana-mana pendapat yang dirasakan memuaskan dan mententeramkan hati bagi kesempurnaan amalan ibadah kita asalkan padanya didirikan dengan hujah (dalil).

Wallahu a’lam.

Lokasi pelawat